Thursday, December 17, 2009

kejor yop kejorrrrr

aku sebenarnya nak menulis pasal kunjungan aku ke bagan datoh tempoh hari, namun aku masih tiada mood untu menulis.... nanti aku tulis...

thank mais ahmad(mati-mati aku ingat nama ayah dia hamzah) 'for the job, for the superb hospitality at bagan datoh, thanks for the laugh, thanks for the 'sewelness' thanks for being a such good friend... aku tak sangka ko akan jadi rapat nga aku walaupun dulu aku tak penah cakap, lepak nyanyi dalam kereta sama-sama, tapi skang ko antara kawan baik ku yang sangat cool. bukan ice cream mat kool

nanti aku pos kan perihal aku kat bagan datoh, bagaimana aku bertekak ng budak berumur 9 tahun serta dan sebagainya....

tungguuuuuuuuu......



p.s mais layanan family ko memang superb, asyik kena paksa makan je...hahahah

Tuesday, December 1, 2009

'KHAYALAN' meet 'FANTASI'

aku berkhayalan apa azam tahun baru aku, ternyata memang semuanya tak masuk akal serta 'nonesense'...

cakap sorang-sorang dalam kereta, sambil fikir apa yea azam tahun baru sedangkan tahun baru sebulan lagi, padahal aku lansung tiada azam baru.

sambil mendengar lagu dari kugiran 'the verve' sambil senyum sumbing, sambil menyedut surya@gudang garam....

best gak rokok ni bila tengah-tengah bulan sebab aku da kering 'kapital'...
nampak gayanya pinjaman dari along terpaksa dibuat....

nanti aku cerita la azam tahun baru ku yang memang tak masuk akal langsung....

Wednesday, November 25, 2009

runaway....

jam 8.00malam
25 dcember 2009
hari hari terakhir hidupku.....

"aku kena lari gak malam ni. sampai bila aku harus menunggu begini"
dah memang nasib ku gini. dah memang takdir ku begini, bukan aku mintak pun nak dilahirkan begini..

ginila nasib ku yang malang ni. dah memang sejak azali lagi nasib ku telah ditentukan.

"tapi inikan satu pengorbanan yang ikhlas" tiba-tiba 'goodside' aku bersuara.
memang la pengorbanan tapi, aku jua mahu bebas, macam burung yang terbang di udara.

"tapi kalau bebas sangat nanti kena langgar lori cam bini pak mat hitam tu" mati sia-sia di atas jalanraya yang penuh gelora.......



"kalau aku lari mana aku mau pergi?"

"jepun"
"india"
"china"

dari aku menunggu nasib ku yang sememangnya telah tertulis, baik aku lari dari terus mengharapkan nasib ku begini. kita semua akan mati namun aku tak nak mati secara begini. aku nak jugak menikmati hidup yang aku boleh wat pilihan sendiri, makan sepuas hati, tidur sepuas hati, lepak sambil tekel 'hot babes', ada anak sendiri.....

tapi aku rasa semua itu tak mungkin, semua itu hanya fantasi. realitinya, nasib aku sudah ditulis. aku teruskan jua apa yang telah ditakdirkan. mungkin pengorbanan ku ini menjadi satu permulaan perjalanan baru, hehehhehe



ada 2 hari lagi sebelum aku dijadikan korban HARI RAYA QURBAN. nak wat camner...dan nasib aku seekor lembu.......


nice advertisement

Tuesday, November 24, 2009

mish what?? misha rijin


sewel n sewelest

sukar untuk aku terjemahkan dengan kata-kata atau dengan perbuatan, namun hakikatnya adalah sesuatu yang hakiki. aku sendiri seakan tidak mempercayai bahawa misha@echa itu kawan baik ku(dia suka sebut BFF) bukan kawan biasa-biasa aje, tapi kami memang rapat. sangat rapat hinggakan ada orang fikir aku 'kapel' ng misha. WTF.... bahkan misha sendiri pun akan bereaksi sedemikian dengan ku bila orang tanya dia ada 'affair' ng aku. tapi kami dengan sinis sambil senyum kambing liar mengatakan bahawa itu semua gosip liar... hahahhaha cam artis la plak...

yela, aku sendiri masih tak percayainya namun 'fate' brought us together, even me and misha never expect it like this'....fate is us...

permulaan ZAMAN JAHILIAH... (tahun 2000)
aku masih ingat lagi budak yang diberi nama misha rijin ni selalu pakai kasut reebok putih, menggunakan beg pack kaler pink(perasan pinky la tu), rambut slalu di ikat. biasakla zaman jahiliah dulu kaler, sgt 'independent','rebel' garang dan egoistik(ada ke term ni). dan yang paling best sekali AKU TAK PERNAH BERCAKAP WALAUPUN SEPATAH ng misha. 'not a single word'.

aku cuma melihatnya dari jauh dan bermonolog sendirian. aku cuma senyum je kat dia. dalam hati kecil ku ni mengatakan bahawa misha ni sgt garang. nanti tak pasal-pasal aku kena marah, baik tak payah wat lawak bodoh ng dia. aku mengambil jalan mudah untuk sengih je kat dia.

kalau di sebut siapa yang paling di kenali sewaktu kat UiTM dlu, aku akan menjawab minah sewel ni la paling di kenali, bukan faizal tahir, bukan awal shaari atau douglas vincent. suma orang di masscomm kenal siapa itu misha. she's the only one misha in this course' so oarang kenal dia. kira cam public figure la ko ni..hehhehehe

aku tak pernah terpikir aku akan jadik BFF dia. dlu kami x penah cakap, kami tak penah lepak sama-sama, atau wat lawak bodoh sama-sama. heran kan, tapi ni la takdir. tiga tahun satu kursus, satu 'batch' namun sepatah pun x penah terkeluar dari mulut lancang ku ini. bila tamat pengajian aku ilang selama 5 tahun.... 'no one ever see me since 2003'(budak masscom la). putus hubungan kawan walaupun ianya hanya sudut teknikal sahaja. kami tetap kawan walaupun tak bercakap





ZAMAN SEKARANGGGG
takdir yang menentukan segalanya...cam bercinta la plak...hahahahhaha
setelah hampir 5 tahun tidak berjumpa, aku terserempak dengan budak sewel ni kat satu 'gig' di ibukota. yang paling bestnya, bole plak dia tenung aku dan pikir mamat mana yang nak tekel dia. padahal dia perasaan. mujurla dia masih ingat muka ku ni, namun dia agak sukar pada awalnya untuk mengecam siapakah mamat ni. seakan rancangan jejak kasih, dia seakan enggan mempercayai bahawa aku berada di depannya sambil aku membesarkan lubang hidung kapal ku ini.

aku tak salahkan ko pada waktu tu, sebab dulu aku kurus kering slim river badan bongkok, dan dia gelak sambil ngutuk aku sambil mengatakan aku ni gemuk. aku terima kenyataan ni. last-last aku kurus balik sbb kuat isap dadah. so dia jeles ng aku sebab aku lagi kurus dari dia. ni la permulaan sebenar antara aku ngan dia. bukan 'kapel' tapi jadi kawan paling rapat penah aku ada.

'THE JOURNEY STILL ON THE RUN, STILL CONTINUE TILL NOW'

Bermula dari hari tu, aku menjadi sangat rapat. aku rasa sangat bertuah sebab kenal minah ni, tapi tidak bertuah sebab lambat untuk menjadi kawan rapat. apa yang aku bebel ni. aku pun pening ngan ayat aku......

aku rindu misha...
sudah 5 bulan tak jumpa dia(btol ke?), dah lama tak ngumpat, wat lawak, 'tekel' lelaki ensem sama-sama kat pasar budaya dan tunjuk 'eksen' kat wilma sebab kami dapat tekel guy yang hensem aaauwwwwwwwwwwwww..

banyak benda yang kami lakukan bersama, gig pertama dia ngan aku ialah gig urbanscapes yang tersangat urban hingga kami sangat jakun bila berada disana. menonton kugiran post-rock mogwai dari scotland bersama-sama dan berpeleseran di sarawak menghadiri satu pesta muda mudi liar yang terkawal 'enviromentnya'... org cakap misha ni jelmaan aku tapi berbentuk perempuan. ahhahahahha

'but now she's too busy with her new job'
skang dia da jadi 'gomen dog' opssss silap 'gomen dude'. dia da jadik PTD.
'she waste her time studying degree in advertisement and waste her talent' so wasted. tapi da tu pilihan dia. ala lupa nak cakap TAHNIAH,BRAVO sebab dapat keje baru...

misha sewel aku rindu ko..lama tak borak ng ko. aku berharap ko dapat posting kat kelantan, lepak dan wat lawak buduh lagi ng ko.

'FINALLY, SHE WILL LEFT HER HOME FOR HER DUTY, LEFT HER ADORABLE BRANDON TO HIS BROTHER' SEMOGA BERJAYA....

dapat gaji pertama belanja aku k. da la ko janji nk bawak aku round kl ng brandon pun ko tak tepati lagi...

akhirnya misha da 'trasenden' kan hidupnya, tapi sayang dia sia-siakan bakat dalam 'advertising'....

aku tetap sokong ko walaupun ko jadik power rangers pink... tapi satu hari aku atau kau akan pergi buat selamanya... siapa yang pergi dahulu, siapa yang pergi lewat bukan persoalan, paling best ko kawan aku sampai mati. kontrak ko berkawan ng aku ialah seumur hidup aku


eeeeeeeiiuuuuuuuuuuu

so kalau bosan-bosan. layan la klip video ni




zzzzzzzzzzzzzzzzzzz......

penat gila setelah berjaga selama 24 jam...tapi rekod masih belum dipecahkan lagi... 48jam tanpa tidur, tanpa seks bebas(hehehheheh)tanpa dadah atau anasir liar yang merosakkan ku.. aku rasa aku berada di alam yang lain sekarang.

tangan ku tremors, bukan tahap parkinson lagi...

mata ku lebam...

fikiran ku melayang.....

aku sebenarnya lupa nak tulis apa kat blog ni... seakan ada idea, tapi makin lama makin pudar, ntah apa yang aku cuba fikirkan.

"apa nak cakap ni"?
rasa seakan bersendirian di khalayak ramai. pedulik apa orang kata, aku bukan gigit kaki diaorang. aku rasa kalau MARIA OZAWA berbogel sambil 'pheeeewitt' kat aku pun aku tak layan.

otak ku penat... tersangat penat... tapi tenaga ku masih banyak... (betol ke banyak?)
yang pasti banjir telah reda(apa kaitan aku ngan banjir?)........

penattttttttttttttttttttttttttttttt

Monday, November 23, 2009

apa kata kalau saya bagi hati kat awak???



If I gave you my heart
Where would you be
Would it mean nothing
If not for me

If I gave you my eyes
What would they see
Would they see nothing
If not for me

But I gave you my hand and my sign and my soul on the earth
And I gave up on truth when I heard about the words
I lived out of love when I gave it away
And I sold off my soul when there's no one to pay

If I gave you my hand
What would it write
Would it say nothing
Or say it's alright

If I gave you my arms
Would they hold you tight
First blood (?) in morning
Or bid you goodnight

And I gave you my strength and my worth and I gave you my gift
And I moved on the first and I left us to drift
And I reap from the soil and I build hopes from wood
It's a new better life and we have to ensure

And I gave you my dream of the world and you stole the key
You sang to the wind in the whole ??? sea
And I feel my weight and I guard my soul
And I found my beliefs when I found my control
I gave you my hand and my soul on the earth
And I gave up on the truth when I heard about the words
So I lived out of love when I gave it away
And I sold off my soul when there's no one to pay

"sangat lovely kan lirik lagu ni"

yield

tiba-tiba aku terjumpa kaset pearl jam aku(bukan cd), album 'yield'
terpaksa carik radio yg ada kaset player....

tak jumpa...aku kecewa, last2 download dari internet......

last2 dapat layan lagu brain of jfk ng wishlist.....
uhuhu