Monday, July 27, 2009

AL-FATIHAH

AL-FATIHAH kepada allahyarham yasmin ahmad yang meninggal dunia... semoga roh beliau di cucuri rahmat...amin...

"she's not the greatest film director but she the best in her categories, no one ever understand what is in her mind, but she prove to the world that she can do it, may allah bless her"

pemergian beliau memberi satu impak kepada dunia perfileman negara, sesungguhnya pemergian beliau meninggalkan satu ruang kosong yang mendalam kepada industri film tanah air......

semoga roh kak yasmin dirahmati allah....AMINNNN

Thursday, July 23, 2009

mindles time machine...

sebenarnya tajuk di atas tiada kaitan ng apa yang aku cuba tulis..cuma sekadar 'placebo' kepada sesuatu.means aku mem'placebo'kan satu benda tak best kpd benda best. wujud akibat kebosanan yang tahap dewa yang aku rasa aku nk pergi mengadap yang esa kat umah nya sebentar lagi...sembahyang juumaat la. apa yang aku cuba placebokan disini ialah tajuk je bukan jalan ceritera hikayat putera shazlan atau geng bus sekolah. aku teringat balik masa kat uitm shah alam dulu. gile, orang tanya mana masjid shah alam terus diam sejuta kemaluan. mana taknya, tak pernah aku pergi sana.

'mindless time machine' ada metafora kepda masa yang telah aku byk sia-siakan masa jahiliah dulu. aku memerlukan mesin waktu. bole plak berfantasi pasal mesin masa. alang-alang nak fantasi, baik fantasi benda yang tak logik. baru la best. ni asek fantasi kena nombor ekor yang 1st prize cuma rm 2500 je. eleh. baik berfanstasi benda yang kita tak kan dapat capai melalui dunia realiti......

p/s..aku selalu berfantasi dgn maria ozawa yg cute tu. hahahahhhaha

borneo land of dream.....

BEUTI-FOOL FACES AT SARAWAK...



















TO BE CONTINUEEE.............

Tuesday, July 14, 2009

FESTIVAL MUZIK HUTAN HUJAN 2009 ENTRI # 2

aku tak tahu bagaimana nak mulakan entri ni, terlampau banyak yang hendak nak diperkatakan. terlampau banyak yang hendak aku luahkan. aku rasa kalau bercakap mau berjam lamanya. hahahahha. ala. aku kan suka bercakap. heheheh menggunakan anugerah ilahi ni semaksima yang mungkin. aku tak tahu bagaimana nak luahkan satu perasaan yang sangat teruja, perasaan ejakulasi yang klimaks yang memberi kepuasan kepada aku. hahahahha. ini bukan 'experience' malam pertama, atau mimpi basah.namun apa yang aku lalui sangat indah bagi sesiapa yang terlibat.

baru-baru ni aku sempat berkunjung ke satu pesta muda mudi atau lebih kepada pesta liar yang dikawal 'enviroment'nya. RAINFOREST MUSIC FESTIVAL' yang berlangsung di sarawak cultural village. mana lagi kat sarawak la. hehehehhe... sebenarnya, aku tidak pasti pada mulanya samada aku harus mengikuti ajakan kawan baik ku yang sangat mengharap agar aku dapat 'join' diaorang ke sarawak, namun aku telah membuat satu keputusan yang aku rasa tepat tetapi masih lagi ragu-ragu kerana aku langsung tidak mengenali anggota kumpulan yang aku turut serta ini. namun aku menidakkan segala persoalan yang wujud di dalam otak ku yang baru di 'defragmentaed'. pedulik apa semua tu.

aku tak tahu bagaimana nak jelaskan dengan kata-kata ataupun digambarkan dengan bahasa isyarat yang aku sendiri 'failed' untuk menggunakannya bagi menggambarkan perasaan ku. bagaimana untuk aku berikan satu sudut pandang yang mampu menjelaskan keadaan ku di sarawak. namun yang pasti 'strangers'(pada awalnya) bertukar menjadi the greatest fren ever. heheheheh... sengaja dipuji lebih2 agar lobang idung diaorang besar seperti lobang idung aku....heheheheh

sepanjang beberapa hari aku ke sarawak, sempat aku bertemu kenalan@sahabat@kawan lama yang aku rasa sudah 5 tahun tak jumpa. wah......jejak kaseh lagi...sebenarnya aku masih lagi tidak percaya atau bingung lagi apa yang berlaku. mana tidaknnya, dulu masa aku bergelar mahasiswa uitm, langsung aku tidak pernah berbicara dengan diaorang, namun aku tetap percaya pada takdir yang ditetapkan oleh pencipta ku yang agung lagi maha kuasa. inilah yang dikatakan takdir menemukan kami untuk bersama membuat dosa2 besar yang tak terhitung rasanya dibilang dengan jari...hehheheehehe

secara keseluruhan 'trip' kali ini sangat berbeza dengan trip yang penah aku sertai. aku sebenarnya punyai hati yang sensitip serta beremosi seperti kugiran my chemical romance. hehehheheheh, namun trip ni memberi aku suatu kenangan yang paling indah yang aku rasa sangat indah dan tak mampu di jelaskan dengan bahasa isyarat. hehehheh. hanya beberapa minit sahaja untuk mengenali diriku kembali setelah aku menghilangkan diri secara misteri selama 5 tahun tanpa berita atau khabaran, aku kembali berjejak kasih dengan kawan lama sefakulti.

terlalu banyak untuk aku bercerita bermula dari konsonan A sampai ke Z, namun apa yang membuatkan rainforest music festival ni sangat best ialah kawan2 lama serta kawan baru(strangers pada awalnya) membuatkan trip kali ni aku teruja. rasa tak nak balik plak. hahahhahah. mereka yang membuatkan trip aku ke sarawak kali ni berjaya. banyak sangat benda yang best berlaku, yang tak best pun ada, bohong klu tak da benda tak best berlaku, namun pedulikk apa benda yang tak best tu,sebab benda yang best ni membuatkan aku rasa best. gila berbelit ayat best aku. hahahahh

trip kali ni agak berjaya dari segi kesewelan serta chemistry yang wujud gara2 perlakuan spontan yang membuatkan orang gelak je. aku tak nak cerita keadaan serta betapa hypenya musik yang dipersembahkan,nanti korang tgk kat astro la. senang. hehehehhehe.aku masih lagi tersenyum bila teringat tentang trip ni. ala korang tengok la sendiri gambar-gambar yang aku kepilkankat bawah.(TEKAN SINI untuk 'full album')pastu korang komen la. aku tak tahu nk jelaskan bagaimana..

















banyak lagi gambar sebenarnya. korang tengok kat facebook aku jela..malas nak upload...hehehheh..

p/s intan, mai, misha, linda, bob, ejeng, ratu, dewi, azlan, and all of u. im really sorry not listed ur name here, but uols are really awesome..will and peter, thanks sbb belanja kitaorang minum....hehhehehehhe jumpa lagi tahun depan..rainforest music festival 2010...adioss

Monday, July 13, 2009

RFMF....sarawak rock

penat...baru balik sarawak... rainforest music fest..
nanti aku tulis entri selanjutnya...hehehhehehe
nanti......

Friday, July 3, 2009

diari petang jumaat.....

10.00 pagi: bangun tido, isap rokok, air segelas. tido balik...zzzzzz

1.00 tghari: terkejut gara2 bapak kawan aku kejutkan anaknya serta diriku ini ke masjid berdekatan, pura2 terkejut bangun lambat padahal dah tahu memang sengaja dilambatkan, nak ponteng sembahyang jumaat kununnya.aku tumpang tido umah kawan aku, mak dan abah pergi melawat cucunya kat 'klumpoo', kunci rumah dengan adik aku. malas nak balik rumah, tido rumah kawan.....

2.15ptg: balik rumah aku, bunyi bising adik aku belasah ESP viper aku semaksima mungkin, kununnya mau jadik cam james hetfield(sbb mamat ni pakai ESP gak), cet perasan. biarkan la dia dengan dunianya.

3.00ptg: sambung tidur, penat semalam aku duk main game 'champion manager' 07 kat umah kawan aku. aku berangan mahu jadik rafael banitez(liverpool) bukan si tua fergie(man united).hehehhe

5.00ptg: bangun petang, teringat pesan mak aku, jangan tidur lepas asar. bole jadik gila. maka segeralah aku bangun. seperti hari minggu jumaat biasa di kelantan, kemana lagi arah tujuan petang-petang begini, baik lepak besama kengkawan yang masih lagi menjadi tugu peringatan kampung. heheheh penganggur berjaya...

7.56 mlm: entri ini sedang ditulis...aku tak tahu nak tulis apa.heheheheheh..sebenarnya aku bosannnn

"big as piggy wiggy"

aku tak tahu bagaimana nak bermula, tapi aku tahu bagaimana nak berjalan. cewah, ayat puitis plagiat dari buku kesusasteraan mana ni. hahahhaha aku sebenarnya sedang menilai transformasi fizikal aku dari tahun 2000(milenium baru),bukan aku mimpi basah tahun tu, tapi sekadar menilai transformasi fizikal aku lepas era persekolahan atau lebih senang lepas peperiksaan sijil pelajaran malaysia(spm), masuk uitm sampai sekarang tahun 2009. aku rasa kejap je. tapi transformasi fizikal yang sangat besar jurangnya. aku senaraikan anatomi n fisiologi ku ketika tahun 2000 dan 2009. korang carik la perbezaannya diantara umur 18 dan 27 tahun..

TAHUN 2000
1. BERAT BADAN 43 KG
2. KURUS & MELENGKUNG
3. TINGGI 168CM
4. SAIZ BADAN '32' '27' '29'(REKA JE)
5. PINGGANG SAIZ 27
6. KAKI SAIZ 8
7. LUBANG IDUNG KECIK
8. BUJANG
9. 'STILL VIRGIN'(HAHHAHA)
1O. PERUT BELUM BOROI

TAHUN 2009
1. BERAT BADAN 65 KG
2. GEMUK DAN BULAT
3. TINGGI 172CM
4. SAIZ BADAN '37' '33' '35'(NTAH BTOL KE TAK)
5. PINGGANG SAIZ 33
6. KAKI SAIZ 8.5
7. LUBANG IDUNG MEMBESAR
8. BUJANG BELUM TELAJAK
9. 'STILL VIRGIN'(HAHHAHA)
10. BOROI GILER PERUT AKU

9 tahun merubah fizikal aku ke arah kegemukkan, ke arah ke'BOROI'an yang teramat. hinggakan kawan aku sudah hampir tidak mengenali aku, cam akademi fantasia pla. transformasi. hahahhahh, tapi aku kena akui aku sudah gemuk, tidak macam dulu lagi, slim, berstamina kuda liar gagah berlari, tetapi sekarang realitinya amat menyedihkan. mana taknya, aku cuma mampu bertahan 3 minit je untuk bermain futsal, amat menyedihkan....

sehinggakan kawan aku serumah ngan aku di uitm dahulu pun gelak melihat keadaan fizikal ku.

"gemuk cam badakkkkkkk la ko ni"
sambil gelak besar di tepi kedai runcit rahmat seksyen 2 shah alam.

gemuk sangat ke aku ni??

aku rasa aku gemuk sekarang, cuba lihat gambar ni. aku pakai baju melayu merah ditengah-tengah diapit oleh awek-awek cun. kurus serta cute kan(cute adalah gelaran bagi guys yang tidak hensem)hahahhahmmmm. ni tahun 2000

cuba lihat sekarang. tahun 2009

gemukk je aku rasa..