Monday, August 31, 2009

selamat berpuasa...

mungkin tidak terlambat untuk aku mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam di atas muka bumi ini. sudah lama aku tidak menjenguk blog kawan2 ku rasanya. mungkin kerana rutin puasa ku yang mengajar aku erti puasa yang sebenarnya. mungkin puasa yang lepas2 aku sering alpa serta leka dengan apa yang dikatakan dengan kehidupan duniawi ku. terlampau leka hingga aku sering terlupa yang aku masih lagi hamba kepada pencipta yang maha esa. mungkin kerana aku masih lagi ditakuk pemikiran lama ku. hmmmmmm

tahun ini puasa amat bermakna. mungkin bagi ku amat bermakna, berbuka dengan abah serta mak ku yang makin lama makin dimamah usia. bersolat di masjid(sesuatu yang aku sudah lama tak lakukan) memberi aku satu pengajaran betapa kerdilnya aku di rumah Allah. hmmmmm. syukur tak terhingga kerana aku masih lagi bernafas di ramadhan ini. aku tak tahu adakah aku masih lagi bernafas untuk ramadan yang seterusnya. mungkin untung nasibku ramadan yang depan aku masih lagi bernafas..

selamat menyambut bulan ramadhan al-mubaraq dan selamat berpuasa....

Saturday, August 15, 2009

sleepless in gombak

i hate to admit but still the best cure for tiredness is rest, but still my brain still working like a formula one engine.....

wah cakap 'omputih'..sebenarnya aku penat, tapi minda masih lagi bergerak seakan tiada penghujungnya, seakan tidak mahu berhenti, masih lagi bergerak setapak melangkaui tenaga serta melanggar hukum alam. yela malam-malam begini secara normalnya manusia akan rehat serta tidur, tapi aku tanpa tenaga codein,meth, o anasir luar yang merosakkan sel otak aku masih lagi bertahan dengan adrenalin yang terembes ke jantung ku serta ke minda ku. aku tak tahu kenapa aku masih lagi 'fresh' serta mantap tenaganya. hahahahhaha

sebenarnya aku tengah terfikir bagaimana untuk aku balik ke rumah kawan ku yang terletak di gombak tapi berlainan taman serta berjarak yang lebih kurang 5km. jauh gak tu. nak jalan kaki, lenguh kaki masih lagi terasa, nak pinjam motor kawan, ish diaorang mana ada motor, bas ada la. tu pun time cenggini bas mana ada, dan bas mana ikut jalan taman. heheheheh. mungkin aku harus menelefon kawan aku agar dia boleh ambil aku kat umah ni, tapi bil telefon b elum bayar lagi.huhuhuhuh

nampaknya konflik dalaman ku bermula, apa yang aku mulakan, harus aku selesaikan. bermakna, aku kena carik jalan untuk balik.

bak kata nabil raja lawak astro

"lu pikir la sendiri"
...tengah berfikir ni. tapi buntu...

PENTAS DUNIA(world stage)

ketika entri ini ditulis aku baru sahaja menonton pentas dunia(world stage MTV) yang aku sendiri pun seakan tidak pasti mengapa aku berminat untuk mengikutinya sedangkan aku sendiri pada awalnya kurang berminat. beberapa faktor yang menjadi tarikan aku untuk turut serta dalam 'event' besar ni ialah

1.HOT CHICKS....semestinya
2.MORE HOT CHICKS...HEHEHHEHE
3.KASABIAN
4.TIKET FREE
5.LAMA AKU TAK PERGI GIGS

sedang entri ini ditulis aku terfikir sejenak, kenapa MTV mengadakan 'event ini di malaysia sedangkan banyak lagi tempat yang mereka boleh pilih untuk dijadikan tempat operasi pentas dunia.hmmmm kenapa ya?? mungkin ramai 'hot chicks' kat malaysia kot. hahahahahah. tapi sememangnya tersangat ramai hot chicks yang turut serta dalam pesta liar yang terkawal 'enviroment'nya. hahahaha sememangnya aku pengunjung pesta liar yang setia. hahahahah

aku tak nak tulis pasal persembahan band yang bermain di pentas dunia ni, korang tengok la sendiri kat saluran 713 astro. korang tengok dan korang komen la sendiri siapa paling best. aku tak nak 'bias' mengatakan band kegemaran ku paling best tapi korang sendiri menilai siapa yang paling best.

lenguh kaki berdiri masih lagi terasa ketika aku sedang berfikir untuk menulis serta menyusun ayat seterusnya untuk melengkapkan entri ni. pada pemahaman aku, kenapa la pihak MTV tak menyediakan tong sampah yang banyak di tapak pesta liar tu. ishhh pelik aku, sering sekali aspek ni dilupakan. aku sendiri pun buang sampah merata-rata jugak. hahahahha. yang pastinya penjual air tin serta air mineral paling kaya kerana haraga sebotol mencecah rm5. wah bole buat banglo 15 tingkat tu.

konklusinya, aku sangat penat untuk berfikir ayat seterusnya. nanti aku 'post'kan gambar gedik ku di pentas dunia ini......


"eh mak dia tak marah ke pakai seksi-meksi ni?"
melihat gadis yang seksi melintas di depan ku masa di pentas dunia.........

Wednesday, August 12, 2009

demam kerbau pendek

dalam tak sedar wabak selsema babi atau panggilan manja para pengamal media iaitu
H1N1 telah menular serta merasuk rakyat malaysia. mana taknya sudah beratus kes yang positif telah tercatat di media cetak serta yang dilaporkan di media elektronik? adakah ini balasan tuhan atau bala yang diturunkan kepada umatnya yang engkar akan perintahnya. sebenarnya ketika entri ini ditulis aku sebenarnya baru sahaja lepas sembuh demam selsema(bukan selsema babi yang di harapkan).

ala suma rakan pejabat ku meminta serta berdoa agar aku kena selsema babi ni agar jabatan aku akan di tutup buat satu tempoh yang agak panjang. wah bercita2 tinggi nampak. nampak sangat nak bercuti dengan senang. tapi tuhan lebih sayangkan aku lagi la nampaknya.

menurut siaran radio kelantan yang aku baru dengar didapati sudah terdapat 50 kes positif selsema babi yang tercatat dikelantan.

"WAH BOLEH TAHAN GAK BABI-BABI NI"
ingat bole menyondol je. hahahhahahaha

"BABI PUN ADA SELSEMA KE?? AGAK-AGAK BABI BERSIN GAK KE?"
komen bangang kawan ku yang suka melastik babi hutan.

aku tebaca satu artikel di surat khabar perdana yang mengatakan bahawa antara golongan yang mudah terkena penyakit ni antaranya

1.penghidap athma@lelah
2.penghidap kencing manis
3.obesiti@kegemukan
4.orang yang suka beronani

hah??? betol ke??? tapi golongan ke empat tu membuatkan aku gelak je kerana sah2 orang yang suka onani ni golongan yang bujang trang tang-tang. hahahahhahaha betol ke doktor yang membuat kajian ni?? aku tak pasti tapi memang sah la orang yang bujang je beronani. hahahhahahaha

kesimpulannya. take care n bedoa kepada tuhan...hmmmmmmmm