Saturday, August 15, 2009

PENTAS DUNIA(world stage)

ketika entri ini ditulis aku baru sahaja menonton pentas dunia(world stage MTV) yang aku sendiri pun seakan tidak pasti mengapa aku berminat untuk mengikutinya sedangkan aku sendiri pada awalnya kurang berminat. beberapa faktor yang menjadi tarikan aku untuk turut serta dalam 'event' besar ni ialah

1.HOT CHICKS....semestinya
2.MORE HOT CHICKS...HEHEHHEHE
3.KASABIAN
4.TIKET FREE
5.LAMA AKU TAK PERGI GIGS

sedang entri ini ditulis aku terfikir sejenak, kenapa MTV mengadakan 'event ini di malaysia sedangkan banyak lagi tempat yang mereka boleh pilih untuk dijadikan tempat operasi pentas dunia.hmmmm kenapa ya?? mungkin ramai 'hot chicks' kat malaysia kot. hahahahahah. tapi sememangnya tersangat ramai hot chicks yang turut serta dalam pesta liar yang terkawal 'enviroment'nya. hahahaha sememangnya aku pengunjung pesta liar yang setia. hahahahah

aku tak nak tulis pasal persembahan band yang bermain di pentas dunia ni, korang tengok la sendiri kat saluran 713 astro. korang tengok dan korang komen la sendiri siapa paling best. aku tak nak 'bias' mengatakan band kegemaran ku paling best tapi korang sendiri menilai siapa yang paling best.

lenguh kaki berdiri masih lagi terasa ketika aku sedang berfikir untuk menulis serta menyusun ayat seterusnya untuk melengkapkan entri ni. pada pemahaman aku, kenapa la pihak MTV tak menyediakan tong sampah yang banyak di tapak pesta liar tu. ishhh pelik aku, sering sekali aspek ni dilupakan. aku sendiri pun buang sampah merata-rata jugak. hahahahha. yang pastinya penjual air tin serta air mineral paling kaya kerana haraga sebotol mencecah rm5. wah bole buat banglo 15 tingkat tu.

konklusinya, aku sangat penat untuk berfikir ayat seterusnya. nanti aku 'post'kan gambar gedik ku di pentas dunia ini......


"eh mak dia tak marah ke pakai seksi-meksi ni?"
melihat gadis yang seksi melintas di depan ku masa di pentas dunia.........

No comments:

Post a Comment