mungkin tidak terlambat untuk aku mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam di atas muka bumi ini. sudah lama aku tidak menjenguk blog kawan2 ku rasanya. mungkin kerana rutin puasa ku yang mengajar aku erti puasa yang sebenarnya. mungkin puasa yang lepas2 aku sering alpa serta leka dengan apa yang dikatakan dengan kehidupan duniawi ku. terlampau leka hingga aku sering terlupa yang aku masih lagi hamba kepada pencipta yang maha esa. mungkin kerana aku masih lagi ditakuk pemikiran lama ku. hmmmmmm
tahun ini puasa amat bermakna. mungkin bagi ku amat bermakna, berbuka dengan abah serta mak ku yang makin lama makin dimamah usia. bersolat di masjid(sesuatu yang aku sudah lama tak lakukan) memberi aku satu pengajaran betapa kerdilnya aku di rumah Allah. hmmmmm. syukur tak terhingga kerana aku masih lagi bernafas di ramadhan ini. aku tak tahu adakah aku masih lagi bernafas untuk ramadan yang seterusnya. mungkin untung nasibku ramadan yang depan aku masih lagi bernafas..
selamat menyambut bulan ramadhan al-mubaraq dan selamat berpuasa....
Consider Resale Value Before You Renovate
-
By Jennifer Lynn Walker |
When doing renovations, people rarely think about long-term resale value.
Most families just want a really nice place to live an...
7 years ago


No comments:
Post a Comment