Tuesday, June 23, 2009

KENAPA AUTOBOTS TIDAK BOLEH TERBANG?

orang duk sibuk sana sini sinun cakap film transformers terbaru ni best, sampai ada yang nak tengok untuk kali ke 2, yang nak tengok untuk kali 12 pun ada. lantak la korang.agak-agak boleh mengalahkan kutipan film lord of the ring? atau film titanic? aku sendiri terasa ingin menontonnya di panggung wayang, namun apakan daya, kat kelantan mana ada panggung wayang. oleh itu niat aku untuk menonton film ni terpaksa ditunda kerana masalah yang tak dapat dielakkan. tak pe, benda begini membuatkan aku makin 'eager' untuk menontonnya.

semakin lama makin banyak orang duk komen kat facebook cakap transformers best. antara komen yang aku baca, aku 'copy' 'paste' di sini untuk mengelak dari pada disalah tafsir oleh empunya diri, hehehehheh

"revenge of the fallen - great. 25 times better than the first one"
komen pertama

"Transformers 2 sgt la bestnyer!! Im so goin 2 watch it again n again n again!!"
komen ke dua

" is off to watch Transformers again.. "
komen ketiga

ni paling best dan paling panjang:

DEFINITELY Movie of THE Century..!! No doubt.. No second thoughts.. Sorry, Frodo n co. LOTR's has been on my number 1 spot ever since. Transformers ROTF just knocked u off the perch.

Overall, i give 10 STARS out of 5. I can watch this for the whole month.. n next. Very, very, VERY well-balanced.

I got everything in 1 movie. And yes, its DAMN hillarious..!! Was laughing my head off at the jokes..!! Touching too.. M not embarassed to admit that there were 2 very important moments in the movie that almost made me.. uh, cry... ;p The action?! Go watch for yourself.. CRAZY SHIT..!! I actually even SAID that in the interview after the movie..!! CRAZEEEYYY SHITTTT..!!

Enjoy guys..!! GO..!! WATCH..!! Coz im watching it again tomorrow.. ;p

komen dari penyanyi kesayangan ramai faizal tahir kat facebooknya.aku copy and paste kat facebook. jangan marah faizal tahir.....hehheheh

banyak lagi komen serta ulasan positive yang aku baca serta dengar dari peminat serta para fanatik transformers kat malaysia ni. ala nak tanya kawan aku mat salleh aku tak da kawan mat salleh yang berasal dari england atau negara uncle sam. maka aku merujuk komen dari kawan alam maya serta kawan ku yang pernah menontonnya.

sebenarnya aku tak nak 'bias' dalam hal ni. sedap adalah benda subjektif, best pun sama konteksnya.

aku tak boleh merujuk kepada komen kawan ku untuk mengatakan film ni best kerana minda serta fikiran mereka telah menyukainyai dan pendapat orang lain perihalnya. ia merupakan satu konsep yang mana ianya bergantung kepada pemahaman setiap individu atau seseorang. ianya adalah berbentuk subjektif yang mana tiada bentuk yang tetap atau tiada jawapan yang spesifik namun jawapan tetap wujud dari setiap persoalan yang timbul akibat persoalan yang berbentuk subjektif perihalnya(btol ke aku tulis ni)ada kawan aku yang tak menyukainya kerana dia lebih suka kepada bentuk hero 'optimus prime' yang 'old school'.

apa yang membuattkan film ni jadi orang tak keruan? heronya?jalan ceritanya?robotnya?
heroinnya?apa yang membuatkan korang memberi reaksi yang sangat best kepada film ni??aku tak tahu apa yang membuatkan ianya menjadi 'pendamik' di seantero alam namun reaksi kawan ku yang lain dari lain ialah nape optimus prime nampak cam ultra magnus je dalam film ni. yeke??? en.faizal tahir??? betol ke bentuk nya hampir sama?? hah jawab???hehhehehe jangan marah

pedulikkan bentuk hero film ini. kerana aku sudah 'eager' untuk menontonnya. aku bukan tanya pasal bentuk, tapi tanya pasal film ni. untuk meredakan keinginnan ini, aku menyelongkar balik vcd cetak rompak aku yang lama tidak tersentuh sebab aku dah langgan astro cinema. bohong la kalau korang tak beli vcd cetak rompak, mana nak carik citer yang best cam trainspotting,fear and loathing, blow, bully,gangster no1,blood in blood out etc(banyak sgt la yg aku suka).. film yang hebat bagi aku la ceritanya,serta ideanya. mana nak carik cerita gini sebab tak masuk panggung. maka jalan penyelesaiannya ialah vcd cetak rompak. heheheheh. tak pe mat salleh dah kaya. hahahahha.

bukan apa aku teringat aku ada beli film transformers the movie 1986 tagline film nya berbunyi "Beyond Good. Beyond Evil. Beyond Your Wildest Imagination." waduh enak sunggut taglinenya. bukan aku tak pernah tengok film kartun ni tapi sengaja aku carik nak tengok untuk kali ke berapa ntah aku pun lupa. untuk mengimbau kenangan masa kecik serta imbasan kembali nostalgia transformers masa aku kecik belum baligh, belum kenal siapa itu maria ozawa lagi. heheheh



sememangnya aku memang suka kartunnya. ala film pertamanya pun belum aku tgk sampai habis lagi sebab aku tertido depan tv masa tengok kat saluran hbo. rasa tak layak nak digelar peminat fanatik transformers aku ni, namun jika ditanya watak paling aku suka kat citer kartun transformers, tanpa segan silu atau ragu-ragu aku menjawab 'optimus prime'. biasak la hero.namun dalam film yang bakal aku tgk ni(kartun) kejap lagi, aku sedih sebab optimus prime mati. teringat plak lagu yang bertajuk 'the death of optimus prime' dari kumpulan musik 'damn dirty apes'.

aku meninggalkan catatan entri ini dengan satu persoalan yang biasa korang dengar kalau korang dengar kalau korang peminat fanatik transformers

" KENAPA AUTOBOTS TIDAK BOLE TERBANG DALAM CITER KARTUN??



enjoy lagu kat bawah ni..the death of optimus prime dari damn dirty ape...walaupun bukan official vclipnya..tapi vclip ni cool.dengar dan layannnnnn

Monday, June 22, 2009

"ding-dang datang lagi"

aku bermimpi satu iklan makanan ringan era aku belum baligh lagi(kanak-kanak), bole plak aku bermimpi iklan makanan ringan(seingat aku cokelat) yang dibungkus dengan kotak yang dihiasan dengan gambar yang agak 'fancy'(gambar doraemon), boleh menarik minat pembeli kecil yang tergoda dengan pakej permainan pakai buang yang diisi dalam kotak tu.

berwarna biru kotaknya, berharga rm0.50(mahal gile time ni). 'feymes' pada tahun awal 90an, aku lupa tarikh dan tahun la.tapi yang aku tahu, aku sanggup simpan duit sekolah(tak makan)semata-mata nak beli benda ni. tergoda ng iklan mainan la. cokelat aku tak kesah sangat, yang penting mainan dalam kotak tu.

seingat aku mainan baru kuar sebulan sekali,maka dengan itu berduyun-duyun lah aku serta geng lain berpusu-pusu ke kedai runcit pak mail beli ding-dang ni. mana taknya, iklan goda aku kat tv nasional(dulu tak da astro),aku ingat lagi masa tu tengah tengok cerita aksi fantasi jepun 'maskman' pukul 5 petang kat tv 2(power rangers blum kuar lagi), tiba-tiba kuar iklan ding-dang, mainan baru plak tu. kena beli ni. bole tayang kat kawan-kawan.hahahahha naif kan!!

hahahahahah naif betol masa kanak-kanak dulu, mudah tergoda ng iklan mainan kat tv. hahahahha. ala, korang pun sama. cuba tnya kawan-kawan yang berumur 27 tahun keatas, kenal tak apa itu 'ding-dang' apaitu 'tora'?? mesti diaorang gelak punya.hahahhaha. dulu 'playstation' belum ada, 'cd player' pun belum ada apatah lagi 'astro ria'. remote 'control car' mahal nak mampos time ni.tahun awal 90an kot. kurt cobain belum mati bunuh diri lagi. jadi jalan mudah bagi aku ialah mainan pakai buang ni la cara untuk bermain.heheheh

boleh plak aku bermimpi iklan ding-dang kejap tadi. ishhh... 'kacip' kah aku??

amnesia

aku tgh berfikir apa nak aku beli besok??
nak beli apa hah???
terpaksa 'defragmented' otak kejap.langsung tak 'organised' kata kawan ku

"ingat mu otok mu 'organised' sangat la tu"?

Sunday, June 21, 2009

3K(KAWAN,KAHWIN,KFC)

wah...semalam aku baru lepas wat 'job' untuk kawan aku dari kl. katanya nak tembak 'shutter' majlis kahwin kawannya. seperti mengantuk disorongkan bantal, aku terus menerima 'job' ni walaupun aku mulanya agak skeptik kerana sekarang bukan musim orang kahwin,(tak perlu tunggu cuti sekolah untuk kahwin).

seperti biasa cuaca panas yang teramat sangat serta kondisi kereta hitam ku yang korang maklum(klu korang baca entri sebelum ni) tiada aircond serta tiada hiburan(radio rosak), maka berpanaslah aku dalam neraka buatan manusia tu.

macam biasak, job kena diteruskan demi kapital, aku dah agak ni mesti untuk majlis akad nikah je, tiada makan-makan serta air sirap merah biasak majlis kahwin, aku dah agak ni mesti simple gile, akad nikah, posing sket2, kontrol sket2 pastu keje aku habis. mudah serta menyenangkan hidup ku ini. tiada karenah birokrasi dari kedua pihak pengantin.syukur tak terhingga.

macam biasak la, majlis kahwin mesti ada makan-makan, aku masih berfikir pasal makan kerana perkara tu dah normal bagi pengunjung majlis kahwin, ada makan-makan, ada sirap ais. tapi kali ni majlis makannya tiada. nampaknya lapar la aku bersama rakan ku. terpaksa carik kedai makan yang berlambak kat pekan pasir mas ni(lupa nak cakap lokasi kahwin).

apa kaitannya dengan KFC??
HAH....aku tergelak teringat balik majlis akad nikah semalam, mana taknya, dijamunya aku bersama 'kelindan' aku makan KFC. ada ke orang kawin wat makan KFC(kentucky fried chick)....wah..aku kaget(padahal gumbira).mana taknya, aku dah lama tak makan kat restoren uncle sam tu. bukan apa, aku selalu tak berduit nak makan kt restoren tu. heheheh. tapi semalam yang indah,kerja yang paling rilek serta santai bagi diri ku.

sebenarnya 'job' ni kawan aku yang offer untuk majlis kahwin kawannya. aku ingatkan kawan aku tu yang nak kahwin.majlis berjalan seperti biasa, pulang dengan gembira kerana khabaran indah dari member ku di kampung kerana dia nak belanja 'doping'.

*bole plak sesat tak jumpa rumah pengantin semalam. hehehehhe

Saturday, June 13, 2009

iklan syampoo

aku nak gunting rambut. boss(guru besar) aku cakap aku ni cam geng penarik kereta(ingtkan geng bas sekolah. kan best kalau kerja di sektor awam bole simpan rambut panjang. ala cam dulu2 tu. aku tengok abah aku rambut panjang masa dia jahiliah dulu. bukan abah aku je yang rambut panjang, kawan-kawannya pun rambut panjang(kecuali yang botak). kan best klu tiada peraturan rambut pendek bagi pekerja sektor awam.

aku terfikir kalaulah ketua jabatan(boss) boleh gunting rambut pekerja bawahannya cam pelajar sekolah yang kena gunting rambut ngan guru disiplin, naya aku. ala rambut aku bukan panjang sangat, tapi bole dikira panjang bagi pekerja sektor awam. sengaja dibiarkan begitu. malas nak sikat.

hmmm....aku ingat botak lagi bagus la...

jejak kasih

aku telah berjejakkasih dengan kawan lama ku diuitm, bukan rakan sekelas, bukan rakan sebilik tetapi rakan sebantal,rakan serumah serta rakan sekatil(kongsi katil, rakan yang aku sudah lama terputus hubungan. aku rasa dah hampir 5 tahun tak jumpa.

perjumpaan yang langsung tidak di rancang serta tidak disengajakan ini berlangsung di kuala krai kelantan,yang mana menemukan aku dengan sahabat baik ku yang aku sangat rindu nak jumpa. pertemuaan yang sgt beremosi(padahal gelak). berlangsung di majlis perkahwinan rakan serumah ku masa zaman jahiliah ku di uitm dlu. aku tak mampu untuk meluahkan secara langsung perasaan ku ini. wah cam baru mimpi basah je aku teruja namun, ianya jauh lebih hebat dari fantasi ku kepada maria ozawa. seakan membawa aku kebelakang untuk mengimbau kembali kenangan serta keagungan sebuah persahabatan.

yela. kami sama-sama berlapar,berkhayal, 'berderat' serta pelbagai aksi yang (18sgg aksinya) kami lakukan bersama. aku teruja, tapi bukan mimpi basah. aku hanya mampu tersenyum sambil menghulur tangan untuk bersalam sambil diiring diaolg berikut

"demo makin kurus la ji, kuat ngambat teh"

sambil aku tersengih menunjukkan gigi ku yang hancur gara2 air soda berkarbonat pujaan ku masa zaman jahiliah ku. aku tak sangka undangan ke majlis perkahwinan sahabat ku berlangsung dengan jejak kasih yang lama aku impikan.
wah aku rasa cam aziz desa plak pengacara rancangan pagi terbitan tv3 malaysia hari ini dalam segmen jejak kasih.

aku makin bersemangat seperti dulu, teringat kenangan jahiliah milik kami. kenangan yang memberi seribu sau pengertian apa itu frendship, apa itu sahabat. terima kasih serta syukran yang tak terhingga aku kepada Yg Esa kerana menemukan aku dengan sahabat lama ku. atas limpah serta kurnia Nya, tali simpulan persahabatan aku kembali utuh........

sesi jejak kasih berakhir dengan sesi doping beramai-ramai termasuk pengantin baru. pertemuan yang singkat namun memberi satu imbasan kembali betapa naif dan jahilnya masa aku muda dulu.



naem ng bini nya


jiji apek, apis gangster, n naem


wapi kontrol macho


sesi merokok lepas makan


naem nigger

Friday, June 12, 2009

aku suka berkhayal

aku sebenarnya buntu
tak tau nak tulis pe
hmmmmm
nanti aku pikirkan idea

Thursday, June 11, 2009

perihal kereta

Antara pilihan berikut mana yang anda pilih?

A. kaya
B. glamour@terkenal
C. hidup kekal
D. cantik dan lawa

mana pilihan korang jika di beri pilihan di atas. Sebenarnya apa yang aku cuba nak tulis tiada kaitan dengan soalan di atas Cuma sengaja ditanya bagi penambah rasa, ala macam perasa ‘ajinamoto’ makanan pilihan ramai tu. Betol ke perasa tambahan makanan boleh wat orang sakit buah pinggang? Btol ke??? Aku tak tahu, namun pedulikkan ‘ajinamoto’ atau soalan di atas.(kalau nak jawab gak sila email aku)

Petang tadi ada orang tanya aku pasal kereta, bole plak dia tanya aku pasal kereta, bukannya aku pakar atau ‘expert’ bab ni. Sengaja je kawan aku nak tanya aku sebab bini dia nak beli kereta, sebenarnya aku malas nak jawab, sebab bukan aku tau sangat pasal kereta, aku sendiri pun bayar kereta lama kepunyaan bapak aku, tapi dah dia start topik kereta, maka aku berfikir kereta secara amnya la. Bukan detail pun. Aku tau isi minyak, isi angin tayar, isi air kalau air dalam radiator kurang. Hehehhe. Aku bukan pakar kereta mahu pun pakar sakit kereta.

Perkara pertama yang aku pikir pasal kereta mesti jenama. Hmmmm susahkan nak buat pilihan, lebih-lebih lagi kalau nak membuat pembelian yang mahal seperti kereta. Biasak la. Hidup ni penuh dengan pilihan. Pilihan yang sentiasa memeningkan kepala. Pilihan yang sentiasa menghantui umat manusia di muka bumi ni. Sentiasa ada simpang untuk kita membuat pilihan

Aku tefikir ‘Honda’ bagus jugak. Mentang-mentang aku guna Honda buruk(baru je langgar tiang umah aku). Hehehheheh. Yela perkara pertama yang terpikir ialah jenama kereta. Baru la di pikirkan kualiti serta kegunaannya dan praktikalitinya kepada pengguna(bagi aku la). tapi aku terlupa bahawa bini dia yang nak beli kereta. Bukannya dia mahupun remaja yang baru nak belajar ‘drift’ kereta kerana tengok cerita evolusi kl driff kat dvd. Maka jawapan ‘honda’ aku itu langsung tak sesuai dengan apa yang dia nak.(sapa soh tanya aku, aku jawab la)

“ala Honda bagus apa, ada kualiti, ada gaya, bermutu serta best”

Reaksi aku sambil menghembus asap kretek ke udara. Sambil tersenyum girang kerana ada orang sudi nak belanja aku minum.teringat plak kat kawan aku cik rina yang belanja aku makan pizza masa aku gi klumpoo tempoh hari. Hehehehehe.

“bukan aku nak race kereta, tapi bini aku nak bawak gi keje”

Oh lupa lak, bini dia nak beli kereta. Aku terlupa bahawa negara kita pun menghasilkan kereta(wat-wat lupa). Kan kita ada perusahaan automobile nasional(proton) serta perusahaan automobile kedua(perodua). Bukan aku tak nak pilih kereta nasional, tapi orang cakap banyak problem. Ntah yea, ntah tak, tapi abah aku punya kereta tak banyak songeh pun. Kereta perodua pilihan dia. Dia cakap cute je kereta dia. Hahahhahaha. Yeke cute??? Ntah la. Aku pun tak tau. Yang aku tau, minyak kat kereta abah aku selalu penuh dan aku tukang habiskan minyak kereta abah. Bukan wat minum tapi guna kereta dia round ‘town’. Bukan apa kereta aku tak da aircond. Dah la cuaca panas sekarang. Ehehheheheheheh.

* perbualan terhenti kerana abah aku tepon nak guna kereta. Nak pergi masjid katanya. Lupa lak, aku guna kereta abah aku tadi. Aku meninggalkan kawan aku dengan persoalan yang tergantung kereta apa yang sesuai untuk bini dia(sebenarnya aku malas pikir untuk dia)

** sebenarnya aku buntu tiada idea nak menulis. Eh misha, bila ko nak bawak aku naik ‘brandon’ round klumpo?bilaaaaaaa???


"kereta aku lagi jimat"

Wednesday, June 10, 2009

entri kahwin # 2... oh mama aku mahu kahwin...

Biasalah, musim-musim cuti sekolah ni... majlis walimah mana-mana pun ada. Semua berlumba-lumba nak buat majlis nikah-kahwin. Majlis tunang-tunang pun tak ketinggalan, ada yang buat jugak. Semua perancangan disusun rapi.

Sampai masanya, sapa yang tak nak kahwin kan...

Pantun yang disusun turut dialun, saling berbalas wakil kedua belah pihak. Dulang pula berbalas dulang, sirih pinang pun turut bertukar tangan. Tiba masanya, hantaran juga turut diatur dan dirunding.

Mahar dan hantaran tidak boleh disamakan. Mahar lain hal, hantaran pula lain pakage. Biasanya, hantaran dikeluarkan dan disediakan oleh si lelaki yang berhajat mengahwini wanita. Hantaran diatur dan ditetapkan dari pihak pengantin wanita.

Hantaran ni macam harga dagangan lah pulak. Kalau si perempuan tu cantik, berpelajaran tinggi, kaya, maka... mahal lah hantarannya. Ini lumrah kebiasaannya lah bagi masyarakat "Melayu". Antara hantaran yang biasa diguna-pakai adalah set pengantin siap serba satu, ini termasuklahlah bilik pengantin, set tilam pengantin, set hand phone, baju, kain, naskhah al-Qur'an, dan pelbagai lagi boleh saja dijadikan barang hantaran.

Malah, ada tu kereta besar dan rumah besar pun boleh menjadi syarat sah-nya hantaran. Kalau tak disiapkan dengan keperluan yang diaturkan, maka bertangguhlah hajat si pengantin. Silap-silap boleh tak jadi perkahwinan tu. Maklumlah, mahal tu... Mana mahu korek kawan...

Em, yang paling biasa dijadikan hantaran, adalah duit lah. Money... money... kalau kita lihat majlis-majlis kahwin artis-artis tu, fuuhh! Ribu-ribu, berbelas-belas ribu, atau mungkin berpuluh-puluh ribu si lelaki mesti bayar kepada wanita atau keluarga si wanita tu. Malah bukan berpuluh ribu, ratus ribu pun ada.

Tapi, yang cukup sedihnya... banyak jugak yang fail. Membazir je kahwin mahal-mahal ni. Ia bukanlah syarat jaminan kebahagian sesuatu rumah tangga. Kalau ikut Islam, bukan itu tujuan perkahwinan. Bukan untuk berjual beli dan tawar-menawar. Bukan juga untuk menunjuk-nunjuk sapa grand. Silap-silap tertunjuk lah pulak sapa lingkup dulu. Tak ke sedih macam tu. Adalah lebih baik duit tu buat belanja keperluan yang betul. Belanja harian keluarga yang baru dibina dengan penuh hikmah. Itu lebih menjamin kebahagian sebenarnya.

Malah, dalam sibuk-sibuk bertukar-tukar hantaran dan mengumpul-ngumpul duit hantaran ni. Tahu tak kita, bahawa bab-bab hantaran ni karut marut sebenarnya. Entah datang dari mana agaknya. Kalau ikut Islam, yang ada Cuma mahar je. Bukan hantaran. Lepas tu, hantaran mengalahkan mahar lagi tu.

Kasihan kaum lelaki. Susahnya nak kahwin. Padahal dah sama-sama suka. Tapi, masalah duit pulak. Bukan masalah takde duit untuk menampung hidup. Tapi, kena berduit yang lebih untuk nak runtuhkan tembok pemisah tu. Kalau tak, menganga saja lah. Tengok saja dari balik tembok.

Zaman sekarang agaknya zaman berdagang anak perempuan. Sapa-sapa nak menikahkan anak perempuan, masa tu lah masa kegembiraan. Kerana anak perempuan bakal membawa pulangan lumayan. Mungkinkah begitu yang difikirkan? Fikirlah sendiri...

Baiklah, sapa yang nak mengada-ngada ikut yang bukan cara Islam tu, tak dapat nak buat apa lah. Yang diketahui, dalam Islam yang ada cuma mahar je. Telah dijelaskan mahar yang dipersetujui, akad nikah berjalan lancar, pasangan suka sama suka, wali pun dah setuju, semuanya ditanggung beres.

"Permudahkan, jangan dipersulitkan"

Kalau ikut zaman Rasulullah dulu, punyalah senang nak kahwin. Yang penting agama mesti mahu baik. Perempuan solehah boleh tunggu je... insyaALLAH, ada lah yang akan merisiknya dari kalangan laki-laki yang soleh. Perempuan nak risik lelaki pun tiada masalah, bila kena syaratnya. Malah, maharnya murah dan mudah sahaja. Ini adalah bertepatan sebagaimana pesanan Rasulullah shallallhu 'alaihi wa sallam sendiri,

"Di antara kebaikan wanita adalah memudahkan maharnya dan memudahkan rahimnya." (Hadis Riwayat Ahmad, no. 23957. Dihasankan oleh Sheikh al-Albani di dalam Shahiih al-Jami', 2/251)

"Sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah" (Hadis Riwayat Abu Daud, Kitab an-Nikah, no. 2117. Disahihkan oleh Sheikh al-Albani di dalam al-Irwaa', 5/345)

Atas saranan dan pantauan Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, pada masanya, pernikahan berjalan dengan mudah dan tidak disulitkan dengan kepelbagaian adat dan metod yang bukan-bukan. Seperti hantaran beribu-ribu, akad nikah mesti bersalam dengan bergoncang tangan, sesi fotografi yang memakan ratusan ringgit, aurat disingkapkan di depan khalayak awam, pelamin pulak mesti disiapkan, majlis persandingan mesti dilangsungkan, menepung tawar mesti direnjiskan, dan pelbagai lagi tambahan-tambahan yang karut marut yang langsung tidak tsabit (sahih) dari agama Islam yang tulen.

Apa sebenarnya yang dikejar? Kemewahan? Grand? Sikap menunjuk-nunjuk? Mahu berjual beli? Atau mahu merosakkan agama dan menggantikannya dengan adat? Apakah tidak cukup mudah dan cantik apa yang disunnahkan oleh Nabi kita shallallahu 'alaihi wa sallam?

Sedangkan Nabi pernah menikahkan para sahabat-sahabatnya hanya dengan mahar sebiji emas, hafalan surah al-Qur'an tertentu, baju besi, cincin besi, beberapa dirham mata wang, beberapa genggam kurma, dan seumpamanya. Mengapakah kita tidak puas dengan apa yang dicadangkan dan dipermudahkan oleh Rasulullah untuk syi'ar pernikahan dan perkahwinan kita zaman ini? Carilah berkah dan petunjuk dari apa yang dicontohkan oleh Rasulullah.

"Katakanlah (wahai Muhammad), "Jika benar engkau mencintai Allah, maka ikutlah aku"." (Surah Ali Imran, 3: 31)

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi mereka yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." (Surah al-Ahzaab, 33: 21)

Jadi siapakah yang kita jadikan ikutan sekarang? Hawa nafsu? Adat? Atau siapa?

Jawablah sendiri...

Sebelum mengakhiri artikel ringkas ini, mari kita lihat apa itu mahar sebenarnya.

Syari'at yang gemilang lagi sesuai sepanjang zaman ini adalah bertujuan memelihara hak-hak wanita. Mahar adalah apa yang diberikan kepada isteri berupa harta, atau selainnya menurut persetujuan dengan sebab pernikahan atau dinikahi.

Mahar wajib dikeluarkan oleh seorang lelaki yang ingin menikahi seorang wanita,

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

"Dosa yang paling besar di sisi Allah ialah orang yang menikahi wanita lalu ketika telah menyelesaikan hajatnya darinya, maka dia menceraikannya dan pergi dengan membawa maharnya..." (Hadis Riwayat al-Hakim, 2/182. Dihasankan oleh Sheikh al-Albani di dalam as-Silsilah ash-Shahihah, no. 999)

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,

"Berikanlah maskahwin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan." (Surah an-Nisaa', 4: 4)

"Maka berilah mereka maharnya (dengan sempurna) sebagai suatu kewajiban." (Surah an-Nisaa', 4: 24))

"Kerana itu, kahwinilah mereka dengan keizinan tuan mereka dan berilah maskahwin mereka dengan patut." (Surah an-Nisaa', 4: 25)

Mahar adalah pemberian yang dilindungi yang diwajibkan Allah untuk diberikan kepada wanita; bukan sebagai imbalan sesuatu yang wajib dia berikan, kecuali memenuhi hak-hak suami isteri, sebagaimana halnya dia tidak dapat digugurkan (walaupun wanita itu rela) kecuali setelah akad. (Audatul Hijaab, 2/298)

Maka,

"Permudahkanlah, jangan dipersulitkan, jangan dipersusah-susahkan..." dengan hal yang bukan-bukan dan yang pelik-pelik yang tiada contoh dan saranannya dari Rasul ikutan kita jika benar kita mencintai dan mengharapkan keredhaan Allah yang sebenar.

Menurut Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, "Adakanlah walimah, walau pun hanya dengan seekor kambing." (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Nikah, no. 5155)

Wallahu a'lam.

teka teki lim tat

"di kanan burung"
"di kiri burung"
"di belakang burung"
"di depan burung"

" DIMANAKAH BURUNG"???



larian menuju ke kuala lumpur...

"binatang apa yang chif tunggang tu"

Sedang aku lepak-lepak depan umah aku sambil bernikotina dan bernescafe depan umah aku, tiba-tiba muncul seekor binatang berjalan terkedek-kedek masuk ke laman umah aku.

“binatang apakah itu”?

“eh begenama tu”?


Tanya kawan aku. eh apa kejadah tu, tikus ke, rilek je jalan, kucing ke. Eh apa tu. Rilek je jalan ngan lagak seakan sudah biasa di laman rumah aku. Betol ke apa yang aku tengok ni??

Ngan pantas aku amik kamera, cuba untuk merakam apa binatang ni buat, tiba-tiba binatang itu datang tanpa rasa takut atau gentar menuju kearah aku. Melompat aku naik ke atas kerusi batu milik abah aku. Perasaan takut seakan baru lepas mimpi hantu melanda sambil gelak-gelak melihat kawanku jua punyai reaksi yang sama. Mana taknya, kena gigit naya. Dah la aku tak biasa pegang binatang ni.



“Cam kat zoo negara plak umah kau ada binatang ni, jinak plak tu"?

Bangang btol reaksi kawan aku bila melihat binatang ni terkedik-kedik melakukan aksi normalnya. Jinak btol. langsung tak takut kat manusia. Aku plak yang takut bila binatang ni meluru kearah aku. Siot je, klu orang tengok mesti gelak tengok reaksi aku serta kawan aku yang lain.


"bukan main lagi imej ganas"

Imej kawan aku bukan main ganas lagi, nampak kental je imej, rupanya sama cam aku. Penakut. Cettt, ingatkan berani. Apa lagi operasi menangkap binatang bermula. Cam ‘crocodile hunter’ plak rasanya……….

*Aksi kejar mengejar tak dapat aku tulis di sini terlalu cepat ianya berlalu serta kelakar jalan ceritanya. Korang imaginasi la sendiri bagaimana tiga sekawan yang penakut cuba menangkap binatang ni.

**Aku teringat plak cerita p.ramlee ‘ali baba bujang lapuk’. “binatang apa yang chif tunggang tu”? kata sarjen kepada Nippon..

bila besar nanti aku mahu jadik.......???

“FARIS bila besar nak jadi apa”?

“FARIS nak jadik polis, boleh tembak orang jahat”


"GO AHEAD MAKE MY DAY"

Betol ke jawapan anak buah aku ni? Nak jadik polis, nak kata dah besar banyak tengok citer gerak khas tak logik sebab abang aku benci cerita mengampu tu? Nak kata tengok cerita dirty harry lakonan clint eastwood(go ahed make my day), tak mungkin, akak ipar aku tak suka citer ganas. Ish btol ke jawapan anak buah aku ni. Baru pandai cakap dah cakap bukan-bukan. Atau abang aku yang ajar anak sulungnya cakap gini. Tak mungkin, abang aku tak suka polis, banyak kena saman ‘speedtrapt’ agaknya, tu dia tak suka polis.

Ikhlas atau tak aku tak tahu, namun jawapan tu paling ikhlas bagi budak yang berumur 3 tahun yang baru belajar cakap. Mana taknya apa proses pembelajaran kanak-kanak bermula di sekitar kawsan lingkungan mereka dibesarkan. Mana tahu anak buah aku tengok cerita polis banyak-banyak, pastu ‘set’kan dalam minda sucinya nak jadi polis. Tapi aku rasa dia banyak tgk cerita ‘tom tom bak’ dari cerita polis tau pun ‘gerak khas’ kat RTM.

“HARIS nak jadik apa bila besar nanti”?



“HARIS nak jadi perdana menteri”

Wah jawapan menarik anak buah aku sorang lagi. Yeke? Hehehheh nak jadi perdana menteri atau nak jadi tuan guru nik aziz? Lantak kau la nak jadik apa. Jangan jadik perdana menteri yang ‘korup’ sudah. Tapi anak buah aku sorang ni tak pandai cakap lagi. Hahahahhaha korang kena tipu, aku saja je cakap dia nak jadik perdana menteri. Hahahahha.

Aku cakap kat cikgu kelas aku masa aku darjah 5 oren dlu, aku nak jadi perdana menteri. Kecoh satu kelas dengar jawapan ku. Apa punya jawapan la. Aku sendiri tak tahu kenapa aku cakap cam tu, kebetulan atau sengaja, aku tak pasti. Yang pasti bila cikgu kaunseling aku tanya cita-cita aku, ngan pantas aku cakap aku nak jadi orang bukan setan. Sebab dia selalu tanya aku apa cita-cita aku. Malas aku nak kasi jawapan sebenar aku.

“Apa cita-cita korang masa darjah 6 dahulu”? Cuba ingat balik jawapan korang… Pastu korang komen leh email aku….

ayam berkokok atas batang, ada cigar mintak sebatang

Rokok apakah kegemaran anda?

A. dunhill
B. Marlboro
C. Surya
D. Semua di atas
E. Aku bukan perokok

Ini bukan soalan UPSR atau pun soalan peperiksaan penilaian tahap kecekapan penjawat awam (PTK), Sila jawab di kertas jawapan anda..

Antara semua jenama rokok di atas muka bumi serta bawah muka bumi ni mana pilihan korang?? Hmmm aku rasa aku isap semua jenis rokok yang ada tak kira la jenama apa janji rokok, klu ada sapa yang nak bagi rokok, seperti mengantok di berikan tilam yang empuk serta bantal kekabu. Sapa tak nak rokok percuma, tak kira la tajuk apa rokok tu, sapa tak nak, percuma.


Bestnya rokok percuma.

Aku mula merokok pada umur 12 tahun(dah mimpi basah). Masa tu aku mula-mula curik rokok arwah atok aku, ala rokok daun tanpa tembakau, isap bukan isap sangat saja nak tengok asap. Mula la berangan nak wat asap bulat. Abang aku yang paksa aku curik, aku apa lagi, amik je la. Bukannya beli. Tapi bermula di saat itu, tika di saat ini hingga la ke waktu ini pukul 1.26pagi bertarikh 10 june 2009 aku masih lagi tegar dengan dadah yang bertajuk nicotine. Skang ni pun tengah isap rokok sambil menaip. Hehehehe. Mak aku(dia lagi) bising aku isap rokok dalam bilik, katanya berbau.

Best isap rokok?

Best tak best sangat la, tapi aku rasa(kadang kadang la) buat apa aku isap rokok? Soalan yang selalu orang tanya aku dari guru disiplin yang rotan aku masa aku kantoi isap rokok kat tandas sampai la ke abah aku “best ke isap rokok? Aku tak tau apa nak jawab. Nak cakap best? Aku rasa best gak, leh wat asap bulat(tgh blaja wat), leh tunjuk macho?? Macho ke? Ntah. Korang tanya la orang lain plak soalan ni. Malas aku nak jawab.


Pinjam lighter jap??

Bila time paling best isap rokok?? Rata-rata perokok tegar cam aku serta korang(perokok) semua akan menjawab ‘lepas makan’ ialah waktu plaing best isap rokok. Orang kelantan cakap ‘lepas luga’. Ntah ya entah tak namun jawapan tu adalah jawapan wajib bagi perokok, klu korang tanya waktu plg best isap rokok. Jawapan lain yang aku kenal pasti ialah waktu nak melepas@berak. Jawapan best serta jawapan ulung bagi perokok. Hahahahhahaha.


Nape isap rokok??

A. macho
B. suka-suka
C. duit aku byk sgt
D. ikot suka aku.

Ala ikut suka hati aku la aku nak isap rokok ke tak(angkuh betol jawapan tu), tapi aku terpikir gak, ish kadang-kadang buang duit, kadang-kadang piker balik nape aku merokok, aku tiada jawapan yang pasti. Tapi jawapan aku yang aku slalu bagi ntah nape aku isap rokok. Hmmm. Tapi aku tak pernah terpikir buang duit(orang lain tlg pikirkan) sebab aku memang penagih rokok yang terlalu tegar, nyesal tiada guna, dah nak wat camner, sesal dulu pendapatan, sesal sekarang…pikir la sendiri.

Bila nak berhenti??

Aku malas nak bagi jawapan spesifik, aku tak nak berjanji sebab klu aku berjanji bermakna aku dah terikat ngan janji aku untuk berhenti, kalu aku tak tepati aku akan menambah beban dosa(padahal dosa da byk). Maka aku malas nak janji untuk berhenti, takdirnya aku tak berhenti??? Sapa nak jawab? Tapi orang cakap perokok akan berhenti merokok klu dah mati(memang la). Hehehhehehe jawapan yang paling munasabah dan bodoh, mana taknya, semua benda kita tinggalkan klu dah mati. Apa punya orang la yang bagi jawapan tu.

Aku memang dah ketagih

Dah nak buat macam mana, ketagih ku dah sampai tahap gian meroyan. Aku akan berhenti(bukan janji) tapi tak tahu bila(jawapan jamal abdillah merujuk kepada kegiatan ‘doping’ beliau). Aku tak nak berjanji, tapi aku akan cuba, tapi tak tahu bila. Aku rasa kalau dihitung jumlah wang yang dibelanjakan untuk beli rokok, mau bole wat banglo 13 bilik beserta kereta Ferrari dan kolam renang idaman anak sedara ku. Aku tak nak hitung jumlah wang yang aku belanjakan. Malas pikir aku, korang pikir la sendiri.


Konklusinya

Aku bukan malaikat yang tiada nafsu, aku cuma manusia biasa yang ketagih rokok. Aku tak mencurik, tak rompak bank, tak rogol anak dara orang, aku Cuma merokok je, salah atau tak, masing-masing punya pandangan. Masing-masing ada jawapan. Aku punya citarasa tersendiri bila memilih rokok pujaan ku, bak kata pepatah ‘rokok yang free amik je la’, pepatah yang baru direka 10 minit yang lepas. Akhiran kata merokok membahayakan kesihatan(amaran kerajaan Malaysia merokok membahayakan kesihatan)


Psstttttttt, tengah isap rokok kretek kegemaran ku yang bertajuk ‘surya’. Best gak rokok ni, bersama dengan Nescafe o ais kaw serta imaginasi normal lelaki yang akil baligh bersama Maria Ozawa. Bangang betol la, harga rokok naik lagi gara-gara gambar kaki(apa kaitan rokok ngan kaki), bibir mulut, paru-paru, bayi(kawan ku kata toyol), bayi pakai lampin orang dewasa dan sebagainya.

Tuesday, June 9, 2009

bilik ke stor barang??

baru je mak aku bising bilik aku bersepah, langsung tak da 'management' mak aku cakap.heheheheh biasak la mak, ni pun kira cukop kemas la ni, dari satu sudut pandang aku, sebab kemas ni objektif bagi aku. bagi aku kemas ni bergantung pada individu(bukan tadika kemas).

kemas ke aku???
hmmm bila pegi keje aku rasa aku paling tak kemas, rambut panjang(dari sudut penjawat awam), baju jarang iron, seluar pun sama, kasut jarang 'polish'(bkn kereta nak polish),rambut jarang sikat, kadang-kadang klu aku rasa rambot aku panjang(padahal pendek)

kemas sangat ke ali anak pak mat tu??
selalu mak aku bandingkan kekemasan aku ngan orang lain. tak aci, tak adil sebab aku empunya diri yang berbeza, lain orang lain pandang, mana ada orang perfect di dunia ni(kecuali nabi muhammmad s.a.w). suma orang ada kelemahan. masalahnya aku ni banyak sangat kelemahan kot.

kemas???
nanti la aku kemas bilik ni, tengah kalut carik beg i.c(sbb aku letak i.c je, duit dalam poket), ilang ke mana ntah. cadar belum pasang lagi, selimut ntah kemana. hmmmmm kena kemas gak ni. nanti mak aku lagi bising

tadika kemas??
hah, aku dlu blajar kat taski bukan kat tadika kemas. hehehehh
eh, ramai kawan-kawan cakap aku bukan suka mengemas, sepah je barang. aku rasa klu aku kemaskan bilik tentu aku tak jumpa barang-barang aku, sebab klu kemas aku dapat tau mana barang aku.

kemas sangat ke bilik kau??
aku rasa bilik aku paling sepah, sebab bilik adik aku lagi teratur.heheheheh mak aku slalu komen aku ni bukan pengemas. ala anak sapa. anak mak gak...hehehehhehe
aku suka letak barang merata, pastu tak jumpa carik.hahahhaha

kemasnya anak pak mail???
aku tengok bilik kawan aku selalu kemas je. bukan aku jelous, tapi dah 'style' aku bukan kemas. ala gi keje pun cam gi pasar je.hahahahhaha
dari satu sudut berbeza pandangan orang, pengemas ni cerewet??btol ke???
ntah aku pun tak tahu.)



sampai bila???
nanti jap agi aku nak kemas bilik. rilek jap. isap kretek sambil berkhayal di bilik yang bersepah dengan buku,komik,baju seluar, serta pelbagai harta pusaka aku yang tak da nilai di sudut pandangan orang tapi tinggi nilai di sudut pandangan aku yang serba sepah ni..

tepon aku berbunyi..tapi kat mana aku letak ni... carik tepon jap...
nak kemas bilik jap..

*kepada misha ko jgn marah mak ko beli almari untuk ko. mak ko jugak.

pinjam lighter jap...lighter aku orang 'pow' tadizzzzzzzzzz

bila aku dapat pistol


sengaja dia kacau aku


bila anak buah ku dpat pistol.



tapi pandai plak dia bagi 'peace sign'

kenapa semua orang menangis??

Kenapa semua orang menangis?
Kenapa abah dan mak mundar mandir telefon orang. Aku tak faham, kenapa suma orang bergegas ke rumah aku secara tiba-tiba. Tak sampai setengah jam, penuh saudara mara serta jiran tetengga di halaman rumah aku. Ada makan-makan ke? Kenapa abah tak cakap ada makan-makan kat rumah. Ishhh abah aku pun satu, tak nak bagitahu aku, tapi kenapa semua orang menangis, kenapa semua orang bersedih??

Kenapa semua orang menangis?Aku tak faham. Kenapa ni. Aku masih lagi leka bermain di laman rumah, main sorok-sorok bersama abang serta sepupu ku. Terasa dahaga gila, pedulikan permainan sorok-sorok, aku kena minum dulu, baru sambung main…..

Eh, kenapa semua orang menangis?
Kenapa pakcik aku sedang bersedih? Aku tak faham la, aku ingat ada majlis makan-makan, rupa nya tidak, kenapa ni. Aku memanggil emak meminta minuman, emak tak mengendahkan permintaan ku, katanya amik sendiri kat peti ais. Hmmm baru nak bermanja sikit mak dah bising. Hehehheheheh

Sedang aku berjalan ke dapur, aku melihat nenek aku sedang tidur, tiba-tiba abah aku menangis memeluk nenek yang sedang tido. Aku tak faham. Kenapa semua orang menangis? Aku cuba mengintai apa yang sedang berlaku….

Kenapa semua orang bersedih?
Kenapa nenek aku tido? Tapi kenapa semua orang menangis?? Kenapa pakcik aku membaca al-quran?? Aku tak faham, aku menyelinap masuk ke bilik nenek aku seakan mat remit yang menyelinap kat jalan tunku abd rahman sambil willie, aku melihat abah aku menutup nenek aku ngan selimut?? Aku tak faham, nenek sedang tido?? Kenapa tutup ngan kain? Tapi kenapa semua orang sedih???

Kenapa semua orang sedih??
Kenapa nenek senyap je. Suasana sangat hiba. Aku masih lagi tak faham apa yang berlaku. Sedang aku bermonolog sendirian, atok memeluk aku ngan erat cakap nenek dah tak da, nenek dah meninggal? Aik semalam ok je nenek, semalam nenek sihat je??
Kenapa nenek dah meninggal?? Kenapa nenek dah tak da? Aku masih lagi berfikir? Kenapa orang harus meninggal dunia? Kenapa orang harus mati? Aku masih lagi bingung. Permainan sorok-sorok aku tinggalkan. Malas aku nak main lagi. Aku masih lagi bermonolog fikirkan apa yang sedang berlaku.

Kenapa orang harus meninggal dunia?...kenapa nenek harus meninggalkan aku??
Kenapa jadi begini…


Ps/ ketika arwah nenek aku meninggal aku berusia 5 tahun, langsung tak mengerti apa itu kesedihan, apa itu mati, langsung tak mengerti kehilangan orang tersayang…namun aku mengerti aku sangat rindukan arwah nenek aku, semoga arwah nenek aku diletakkan bersama orang yang soleh. Al-fatihan kepada arwah nenek. Aminnnnnn.

Sunday, June 7, 2009

untitiled


ayam punya lampu


blue sky morning


bunga-bunga cinta bak kata misha omar


jarum meter apa ntah

neraka ciptaan manusia

hari ni hari yang sangat panas...
bak kata kawan aku seperti neraka buatan manusia, mana taknya kereta 'kaler' itam pastu aircond tak da...sememangnya panas seperti berada dalam sauna. bezanya kereta bergerak, sauna tak pergi kemana-mana. rasa macam nak bukak sauna je.

cuaca hari ini 33 darjah celcius, cuaca terlampau panas, tapi aku terdiam selepas mak aku cakap neraka lagi panas, nampak sangat aku ni dah beli tiket ke neraka(harap-harap aku bukan pembeli tiket ke neraka).hheheheheheh


hari ni aku dipaksa oleh "customer" untuk sesi photo kat pantai, padahal aku dibayar untuk sesi tembak shutter camera aku. tak pe, duit punya pasal aku rela. bole plak kawan aku nyanyi lagu slam 'mentari muncul lagi' masa tersekat gara-gara jalan jem angkara kebanjiran penduduk kelantan yang balik bercuti. mahu tak panas, kereta tak da aircond, kaler hitam plak tu, pastu tersekat di jalan yang jem, aku tak leh nak marah sebab cuaca panas(nak marah kat sapa bila cuaca panas). gila la nak marah kt YG ESA sebab cuaca panas. nak mampos. klu korang berani marah lah, kita tengok siapa yang kena. heheheh

pukul 12.47 tengah hari, panas gile kat pantai, peluh cam bermain bola 90 minit tanpa henti. aku makin panas, mana tak nya, seorang 'customer' telefon aku bising-bising cakap tak puas hati dengan gambar yang aku bagi. kaget jap aku, terfikir, apa punya customer ni, dah la nk bayaran yang paling murah, tapi gambar nak yang ala-ala perkahwinan yusry(kru) ngan erra fazira. gila apa. nak gambar yang ala2 grand mengalahkan "wallpaper windows" XP, tapi nak bayar murah gile. ingat tak penat ke kehulu hilir tembak lensa, tak pikir ke aku dah la kena tunggu pengantin lewat, pastu nak yang paling hebat plak produk.

aku rasa nak lempang je customer tu, mana taknya di tuduhnya aku nak ambil untung lebih, tapi dia tak tgk langsung produk yang aku bagi, wah nak 'hard cover' ala2 tesis aku kat uitm, tapi bayar nak murah, lambat plak tu, terpaksa aku pikir jalan terbaik nak selesaikan hal ni. bising editor aku, mana taknya, dituduhnya editor aku tak edit gambar, wah ini sudah lebih. terpaksa aku edit balik gambar 'customer' yang banyak songeh tu,nak lebih-lebih bayaran ciput. 'kumbang berak' btol.

besok aku kena jumpa dia, aku nak 'settle' problem yang aku sendiri cipta(sebab menawarkan khimat photo), aku dah ilang mood nak ambik gambar, baik isap dadah lagi best, aku ngan dunia ciptaan aku. hehehhehehe. lebih baik aku diam, korek idung puas-puas sambil isap rokok kretek...

sapa ada lighter...pinjam jap....
pukul 2.44 pagi...tidur lagi sedap dari pikir benda ni...

Saturday, June 6, 2009

48jam 15 minit 54 saat

48jam 15 minit 54 saat

waktu sedar ku pada hari in(termasuk semalam)...
ini bermakna sudah 2 hari tidak tidur,tanpa methaphetamine, tanpa codein
tanpa cocaine mahupun caffein...cuma nicotine serta h20 jadi teman,
mana taknya, terpaksa berhempas pulas serta berpeluh mengerjakan projek pintaan kawan.
tapi kenaifan(bodoh)mengatakan no problem kepada janji membuatkan aku terjerat dengan janji tu..kena kerja keras demi kapital.hehheheh
tak pe... besok dapat payment...
akan aku bayar bil2 tertunggak serta khayalan tertunggak itu nanti

kpd mish...nanti aku bank in kat ko duit tiket tu

mu bilo lagi???


“oh mama,
saya mahu kawin,
kawin dengan siapa?
Dengan anak raja”


Aku masih lagi tersengih bila membaca sms dari kawan ku yang mengatakan bahawa salah seorang rakan sepengajian ku mahu menamatkan zaman bujangnya.

“weh along kawen besok! Ko bila lagi?”….

Aku hanya tesengih kerana sudah ramai rakan ku sudah menamatkan zaman bujang mereka. Sudah sampai jodoh mereka, sudah sampai seru. Aku mula mengira seorang demi seorang rakan ku sehingga habis sepuluh jari tangan ku gunakan. Tak cukup sepuluh jari tangan, jari kaki aku gunakan. Rupanya sudah ramai yang menamatkan zaman bujang mereka. hehehehehhe

Bila mahu kahwin???

Hmmm satu persoalan yang cukup mencabar minda serta mencabar kredibiliti ku sebagai lelaki yang akhil baligh. “hahahahhahah” sampai seru kahwin jua aku, namun buat masa sekarang aku rasa masih lagi belum layak untuk kahwin. Bahkan mak aku sendiri belum pasti ‘hero’nya ini belum bersedia untuk kahwin. Mana taknya, aku masih terbawa-bawa zaman jahiliah ku. ‘Still in my dark age regime’.

Ingat kahwin ni senang ke???

jikalau di ambil kira hukum kahwin ku mengikut ajaran agama islam yang aku anuti aku rasa aku masih lagi dikira sunat untuk berkahwin. Hahahahahhaha. Alasan biasa aku. Padahal aku yang masih lagi belum bersedia menamatkan zaman bujang ku. Sedangkan hati ini dah gatal untuk berkahwin. Heheheh
Bak kata orang kelantan ‘dah gelnyar ke’ mau kahwin. Hahahhah. Namun ‘kegedikkan’ ku ini masih lagi belum mencapai tahap gatal untuk berkahwin, masih lagi punyai batas serta paras yang normal bagi ku ini. Aku jua manusia biasa. Bila tengok kawan ku kahwin, terus je hati mahu kahwin. Hahahhahahah.

Seronok ke kahwin???

Hmmm mengikut peratusan yang aku kaji(kaji@rekaan semata-mata) ramai yang mengatakan seronok.namun keseronokan ini mungkin dari beberapa aspek sahaja. Mungkin seronok kot. Hahahhaha, mana ku mengerti keseronokan kahwin tanyalah orang yang dah kahwin. Kalau susah sangat, Tanya je ibubapa korang semua(kalau berani). Ahhahahhahahah. Dari segi sudut yang aku lihat,ramai kawan ku yang sebaya dengan ku lebih bertanggungjawab,lebih matang lepas kahwin serta takutkan bini(bukan takut bini tapi bini tak takut ngan husband). Hahahahhahahahahhah. Seperti kucing yang takut kan lidi. Hahahahahahhaha


“Bila mahu kahwin???”

Janganla asyik tanya aku soalan ni?. Beberapa aspek ku kena ambil peduli. Yang pertama iaitu capital@duit. Ingat murah ke kahwin. Aku sendiri tak cukup duit lagi mahu kahwin. Paling kurang beribu-ribu ringgit kena guna. Tak caya Tanya kawan kau yang dah kahwin. Berapa agaknya wang yang habis digunakan. Tapi sekali seumur hidup sahaja. Kalau kahwin bini nombor dua, tak perlu besar-besaran kot. Kahwin bini nombor dua tak perlu buat dengan meriah sebab nanti kantoi dengan bini tua. Hahahahhahahah ketawa lagi

“Kau bila mahu kahwin???”

Hah kau bila pulak??? Asyik aku je korang tanya mentang-mentang dah kerja. Dah akhil baligh(bukan sebab mimpi basah) tapi dah umur dah mencapai tahap matang. Kalau buah manggis dah boleh dipetik dan dimanakan. Hah jawab la!!!

Konklusi

aku mahu kahwin tapi entah bila!!! mungkin tahun depan kot. Hahahhaha mungkin tidak. Mungkin ya!!!, namun jodoh ku sudah tertulis, aku masih lagi menanti takdir itu. hehehhehehehe. Aku terlupa kalau mahu kahwin kena ada calon isteri@bini.... Hah mana mau cari???

Kalau tak cukup duit nak kahwin, buat ‘loan’ bank, kalau korang tak leh bayar ‘loan’ bank tu, bini kena tarik, kena lelong, hahahhahaha. Korang leh kahwin lain. Hahahhahah(gelak lagi)….

Psssttttt…aku ‘spare’ kan satu jari untuk kau mish, bukan untuk sarungkan cincin kahwin tapi untuk mencukupkan bilangan jari ku kawan ku yang sudah kahwin, sedar la mish, ko tu da tua……. Hahahahhahahahh(ketawa lagi).

Thursday, June 4, 2009

dongakan ke langit




mari mendongak

21,22,23,24.....


21, 22, 23, 24..
hmmm apa ni

cuti sekolah datang lagi

aku tak tau apa aku yang aku tengah fikir...