Thursday, June 11, 2009

perihal kereta

Antara pilihan berikut mana yang anda pilih?

A. kaya
B. glamour@terkenal
C. hidup kekal
D. cantik dan lawa

mana pilihan korang jika di beri pilihan di atas. Sebenarnya apa yang aku cuba nak tulis tiada kaitan dengan soalan di atas Cuma sengaja ditanya bagi penambah rasa, ala macam perasa ‘ajinamoto’ makanan pilihan ramai tu. Betol ke perasa tambahan makanan boleh wat orang sakit buah pinggang? Btol ke??? Aku tak tahu, namun pedulikkan ‘ajinamoto’ atau soalan di atas.(kalau nak jawab gak sila email aku)

Petang tadi ada orang tanya aku pasal kereta, bole plak dia tanya aku pasal kereta, bukannya aku pakar atau ‘expert’ bab ni. Sengaja je kawan aku nak tanya aku sebab bini dia nak beli kereta, sebenarnya aku malas nak jawab, sebab bukan aku tau sangat pasal kereta, aku sendiri pun bayar kereta lama kepunyaan bapak aku, tapi dah dia start topik kereta, maka aku berfikir kereta secara amnya la. Bukan detail pun. Aku tau isi minyak, isi angin tayar, isi air kalau air dalam radiator kurang. Hehehhe. Aku bukan pakar kereta mahu pun pakar sakit kereta.

Perkara pertama yang aku pikir pasal kereta mesti jenama. Hmmmm susahkan nak buat pilihan, lebih-lebih lagi kalau nak membuat pembelian yang mahal seperti kereta. Biasak la. Hidup ni penuh dengan pilihan. Pilihan yang sentiasa memeningkan kepala. Pilihan yang sentiasa menghantui umat manusia di muka bumi ni. Sentiasa ada simpang untuk kita membuat pilihan

Aku tefikir ‘Honda’ bagus jugak. Mentang-mentang aku guna Honda buruk(baru je langgar tiang umah aku). Hehehheheh. Yela perkara pertama yang terpikir ialah jenama kereta. Baru la di pikirkan kualiti serta kegunaannya dan praktikalitinya kepada pengguna(bagi aku la). tapi aku terlupa bahawa bini dia yang nak beli kereta. Bukannya dia mahupun remaja yang baru nak belajar ‘drift’ kereta kerana tengok cerita evolusi kl driff kat dvd. Maka jawapan ‘honda’ aku itu langsung tak sesuai dengan apa yang dia nak.(sapa soh tanya aku, aku jawab la)

“ala Honda bagus apa, ada kualiti, ada gaya, bermutu serta best”

Reaksi aku sambil menghembus asap kretek ke udara. Sambil tersenyum girang kerana ada orang sudi nak belanja aku minum.teringat plak kat kawan aku cik rina yang belanja aku makan pizza masa aku gi klumpoo tempoh hari. Hehehehehe.

“bukan aku nak race kereta, tapi bini aku nak bawak gi keje”

Oh lupa lak, bini dia nak beli kereta. Aku terlupa bahawa negara kita pun menghasilkan kereta(wat-wat lupa). Kan kita ada perusahaan automobile nasional(proton) serta perusahaan automobile kedua(perodua). Bukan aku tak nak pilih kereta nasional, tapi orang cakap banyak problem. Ntah yea, ntah tak, tapi abah aku punya kereta tak banyak songeh pun. Kereta perodua pilihan dia. Dia cakap cute je kereta dia. Hahahhahaha. Yeke cute??? Ntah la. Aku pun tak tau. Yang aku tau, minyak kat kereta abah aku selalu penuh dan aku tukang habiskan minyak kereta abah. Bukan wat minum tapi guna kereta dia round ‘town’. Bukan apa kereta aku tak da aircond. Dah la cuaca panas sekarang. Ehehheheheheheh.

* perbualan terhenti kerana abah aku tepon nak guna kereta. Nak pergi masjid katanya. Lupa lak, aku guna kereta abah aku tadi. Aku meninggalkan kawan aku dengan persoalan yang tergantung kereta apa yang sesuai untuk bini dia(sebenarnya aku malas pikir untuk dia)

** sebenarnya aku buntu tiada idea nak menulis. Eh misha, bila ko nak bawak aku naik ‘brandon’ round klumpo?bilaaaaaaa???


"kereta aku lagi jimat"

No comments:

Post a Comment