Wednesday, June 10, 2009

bila besar nanti aku mahu jadik.......???

“FARIS bila besar nak jadi apa”?

“FARIS nak jadik polis, boleh tembak orang jahat”


"GO AHEAD MAKE MY DAY"

Betol ke jawapan anak buah aku ni? Nak jadik polis, nak kata dah besar banyak tengok citer gerak khas tak logik sebab abang aku benci cerita mengampu tu? Nak kata tengok cerita dirty harry lakonan clint eastwood(go ahed make my day), tak mungkin, akak ipar aku tak suka citer ganas. Ish btol ke jawapan anak buah aku ni. Baru pandai cakap dah cakap bukan-bukan. Atau abang aku yang ajar anak sulungnya cakap gini. Tak mungkin, abang aku tak suka polis, banyak kena saman ‘speedtrapt’ agaknya, tu dia tak suka polis.

Ikhlas atau tak aku tak tahu, namun jawapan tu paling ikhlas bagi budak yang berumur 3 tahun yang baru belajar cakap. Mana taknya apa proses pembelajaran kanak-kanak bermula di sekitar kawsan lingkungan mereka dibesarkan. Mana tahu anak buah aku tengok cerita polis banyak-banyak, pastu ‘set’kan dalam minda sucinya nak jadi polis. Tapi aku rasa dia banyak tgk cerita ‘tom tom bak’ dari cerita polis tau pun ‘gerak khas’ kat RTM.

“HARIS nak jadik apa bila besar nanti”?



“HARIS nak jadi perdana menteri”

Wah jawapan menarik anak buah aku sorang lagi. Yeke? Hehehheh nak jadi perdana menteri atau nak jadi tuan guru nik aziz? Lantak kau la nak jadik apa. Jangan jadik perdana menteri yang ‘korup’ sudah. Tapi anak buah aku sorang ni tak pandai cakap lagi. Hahahahhaha korang kena tipu, aku saja je cakap dia nak jadik perdana menteri. Hahahahha.

Aku cakap kat cikgu kelas aku masa aku darjah 5 oren dlu, aku nak jadi perdana menteri. Kecoh satu kelas dengar jawapan ku. Apa punya jawapan la. Aku sendiri tak tahu kenapa aku cakap cam tu, kebetulan atau sengaja, aku tak pasti. Yang pasti bila cikgu kaunseling aku tanya cita-cita aku, ngan pantas aku cakap aku nak jadi orang bukan setan. Sebab dia selalu tanya aku apa cita-cita aku. Malas aku nak kasi jawapan sebenar aku.

“Apa cita-cita korang masa darjah 6 dahulu”? Cuba ingat balik jawapan korang… Pastu korang komen leh email aku….

No comments:

Post a Comment