bak kata kawan aku seperti neraka buatan manusia, mana taknya kereta 'kaler' itam pastu aircond tak da...sememangnya panas seperti berada dalam sauna. bezanya kereta bergerak, sauna tak pergi kemana-mana. rasa macam nak bukak sauna je.
cuaca hari ini 33 darjah celcius, cuaca terlampau panas, tapi aku terdiam selepas mak aku cakap neraka lagi panas, nampak sangat aku ni dah beli tiket ke neraka(harap-harap aku bukan pembeli tiket ke neraka).hheheheheheh
hari ni aku dipaksa oleh "customer" untuk sesi photo kat pantai, padahal aku dibayar untuk sesi tembak shutter camera aku. tak pe, duit punya pasal aku rela. bole plak kawan aku nyanyi lagu slam 'mentari muncul lagi' masa tersekat gara-gara jalan jem angkara kebanjiran penduduk kelantan yang balik bercuti. mahu tak panas, kereta tak da aircond, kaler hitam plak tu, pastu tersekat di jalan yang jem, aku tak leh nak marah sebab cuaca panas(nak marah kat sapa bila cuaca panas). gila la nak marah kt YG ESA sebab cuaca panas. nak mampos. klu korang berani marah lah, kita tengok siapa yang kena. heheheh
pukul 12.47 tengah hari, panas gile kat pantai, peluh cam bermain bola 90 minit tanpa henti. aku makin panas, mana tak nya, seorang 'customer' telefon aku bising-bising cakap tak puas hati dengan gambar yang aku bagi. kaget jap aku, terfikir, apa punya customer ni, dah la nk bayaran yang paling murah, tapi gambar nak yang ala-ala perkahwinan yusry(kru) ngan erra fazira. gila apa. nak gambar yang ala2 grand mengalahkan "wallpaper windows" XP, tapi nak bayar murah gile. ingat tak penat ke kehulu hilir tembak lensa, tak pikir ke aku dah la kena tunggu pengantin lewat, pastu nak yang paling hebat plak produk.
aku rasa nak lempang je customer tu, mana taknya di tuduhnya aku nak ambil untung lebih, tapi dia tak tgk langsung produk yang aku bagi, wah nak 'hard cover' ala2 tesis aku kat uitm, tapi bayar nak murah, lambat plak tu, terpaksa aku pikir jalan terbaik nak selesaikan hal ni. bising editor aku, mana taknya, dituduhnya editor aku tak edit gambar, wah ini sudah lebih. terpaksa aku edit balik gambar 'customer' yang banyak songeh tu,nak lebih-lebih bayaran ciput. 'kumbang berak' btol.
besok aku kena jumpa dia, aku nak 'settle' problem yang aku sendiri cipta(sebab menawarkan khimat photo), aku dah ilang mood nak ambik gambar, baik isap dadah lagi best, aku ngan dunia ciptaan aku. hehehhehehe. lebih baik aku diam, korek idung puas-puas sambil isap rokok kretek...
sapa ada lighter...pinjam jap....
pukul 2.44 pagi...tidur lagi sedap dari pikir benda ni...


No comments:
Post a Comment