Wednesday, June 10, 2009

ayam berkokok atas batang, ada cigar mintak sebatang

Rokok apakah kegemaran anda?

A. dunhill
B. Marlboro
C. Surya
D. Semua di atas
E. Aku bukan perokok

Ini bukan soalan UPSR atau pun soalan peperiksaan penilaian tahap kecekapan penjawat awam (PTK), Sila jawab di kertas jawapan anda..

Antara semua jenama rokok di atas muka bumi serta bawah muka bumi ni mana pilihan korang?? Hmmm aku rasa aku isap semua jenis rokok yang ada tak kira la jenama apa janji rokok, klu ada sapa yang nak bagi rokok, seperti mengantok di berikan tilam yang empuk serta bantal kekabu. Sapa tak nak rokok percuma, tak kira la tajuk apa rokok tu, sapa tak nak, percuma.


Bestnya rokok percuma.

Aku mula merokok pada umur 12 tahun(dah mimpi basah). Masa tu aku mula-mula curik rokok arwah atok aku, ala rokok daun tanpa tembakau, isap bukan isap sangat saja nak tengok asap. Mula la berangan nak wat asap bulat. Abang aku yang paksa aku curik, aku apa lagi, amik je la. Bukannya beli. Tapi bermula di saat itu, tika di saat ini hingga la ke waktu ini pukul 1.26pagi bertarikh 10 june 2009 aku masih lagi tegar dengan dadah yang bertajuk nicotine. Skang ni pun tengah isap rokok sambil menaip. Hehehehe. Mak aku(dia lagi) bising aku isap rokok dalam bilik, katanya berbau.

Best isap rokok?

Best tak best sangat la, tapi aku rasa(kadang kadang la) buat apa aku isap rokok? Soalan yang selalu orang tanya aku dari guru disiplin yang rotan aku masa aku kantoi isap rokok kat tandas sampai la ke abah aku “best ke isap rokok? Aku tak tau apa nak jawab. Nak cakap best? Aku rasa best gak, leh wat asap bulat(tgh blaja wat), leh tunjuk macho?? Macho ke? Ntah. Korang tanya la orang lain plak soalan ni. Malas aku nak jawab.


Pinjam lighter jap??

Bila time paling best isap rokok?? Rata-rata perokok tegar cam aku serta korang(perokok) semua akan menjawab ‘lepas makan’ ialah waktu plaing best isap rokok. Orang kelantan cakap ‘lepas luga’. Ntah ya entah tak namun jawapan tu adalah jawapan wajib bagi perokok, klu korang tanya waktu plg best isap rokok. Jawapan lain yang aku kenal pasti ialah waktu nak melepas@berak. Jawapan best serta jawapan ulung bagi perokok. Hahahahhahaha.


Nape isap rokok??

A. macho
B. suka-suka
C. duit aku byk sgt
D. ikot suka aku.

Ala ikut suka hati aku la aku nak isap rokok ke tak(angkuh betol jawapan tu), tapi aku terpikir gak, ish kadang-kadang buang duit, kadang-kadang piker balik nape aku merokok, aku tiada jawapan yang pasti. Tapi jawapan aku yang aku slalu bagi ntah nape aku isap rokok. Hmmm. Tapi aku tak pernah terpikir buang duit(orang lain tlg pikirkan) sebab aku memang penagih rokok yang terlalu tegar, nyesal tiada guna, dah nak wat camner, sesal dulu pendapatan, sesal sekarang…pikir la sendiri.

Bila nak berhenti??

Aku malas nak bagi jawapan spesifik, aku tak nak berjanji sebab klu aku berjanji bermakna aku dah terikat ngan janji aku untuk berhenti, kalu aku tak tepati aku akan menambah beban dosa(padahal dosa da byk). Maka aku malas nak janji untuk berhenti, takdirnya aku tak berhenti??? Sapa nak jawab? Tapi orang cakap perokok akan berhenti merokok klu dah mati(memang la). Hehehhehehe jawapan yang paling munasabah dan bodoh, mana taknya, semua benda kita tinggalkan klu dah mati. Apa punya orang la yang bagi jawapan tu.

Aku memang dah ketagih

Dah nak buat macam mana, ketagih ku dah sampai tahap gian meroyan. Aku akan berhenti(bukan janji) tapi tak tahu bila(jawapan jamal abdillah merujuk kepada kegiatan ‘doping’ beliau). Aku tak nak berjanji, tapi aku akan cuba, tapi tak tahu bila. Aku rasa kalau dihitung jumlah wang yang dibelanjakan untuk beli rokok, mau bole wat banglo 13 bilik beserta kereta Ferrari dan kolam renang idaman anak sedara ku. Aku tak nak hitung jumlah wang yang aku belanjakan. Malas pikir aku, korang pikir la sendiri.


Konklusinya

Aku bukan malaikat yang tiada nafsu, aku cuma manusia biasa yang ketagih rokok. Aku tak mencurik, tak rompak bank, tak rogol anak dara orang, aku Cuma merokok je, salah atau tak, masing-masing punya pandangan. Masing-masing ada jawapan. Aku punya citarasa tersendiri bila memilih rokok pujaan ku, bak kata pepatah ‘rokok yang free amik je la’, pepatah yang baru direka 10 minit yang lepas. Akhiran kata merokok membahayakan kesihatan(amaran kerajaan Malaysia merokok membahayakan kesihatan)


Psstttttttt, tengah isap rokok kretek kegemaran ku yang bertajuk ‘surya’. Best gak rokok ni, bersama dengan Nescafe o ais kaw serta imaginasi normal lelaki yang akil baligh bersama Maria Ozawa. Bangang betol la, harga rokok naik lagi gara-gara gambar kaki(apa kaitan rokok ngan kaki), bibir mulut, paru-paru, bayi(kawan ku kata toyol), bayi pakai lampin orang dewasa dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment