Sunday, June 21, 2009

3K(KAWAN,KAHWIN,KFC)

wah...semalam aku baru lepas wat 'job' untuk kawan aku dari kl. katanya nak tembak 'shutter' majlis kahwin kawannya. seperti mengantuk disorongkan bantal, aku terus menerima 'job' ni walaupun aku mulanya agak skeptik kerana sekarang bukan musim orang kahwin,(tak perlu tunggu cuti sekolah untuk kahwin).

seperti biasa cuaca panas yang teramat sangat serta kondisi kereta hitam ku yang korang maklum(klu korang baca entri sebelum ni) tiada aircond serta tiada hiburan(radio rosak), maka berpanaslah aku dalam neraka buatan manusia tu.

macam biasak, job kena diteruskan demi kapital, aku dah agak ni mesti untuk majlis akad nikah je, tiada makan-makan serta air sirap merah biasak majlis kahwin, aku dah agak ni mesti simple gile, akad nikah, posing sket2, kontrol sket2 pastu keje aku habis. mudah serta menyenangkan hidup ku ini. tiada karenah birokrasi dari kedua pihak pengantin.syukur tak terhingga.

macam biasak la, majlis kahwin mesti ada makan-makan, aku masih berfikir pasal makan kerana perkara tu dah normal bagi pengunjung majlis kahwin, ada makan-makan, ada sirap ais. tapi kali ni majlis makannya tiada. nampaknya lapar la aku bersama rakan ku. terpaksa carik kedai makan yang berlambak kat pekan pasir mas ni(lupa nak cakap lokasi kahwin).

apa kaitannya dengan KFC??
HAH....aku tergelak teringat balik majlis akad nikah semalam, mana taknya, dijamunya aku bersama 'kelindan' aku makan KFC. ada ke orang kawin wat makan KFC(kentucky fried chick)....wah..aku kaget(padahal gumbira).mana taknya, aku dah lama tak makan kat restoren uncle sam tu. bukan apa, aku selalu tak berduit nak makan kt restoren tu. heheheh. tapi semalam yang indah,kerja yang paling rilek serta santai bagi diri ku.

sebenarnya 'job' ni kawan aku yang offer untuk majlis kahwin kawannya. aku ingatkan kawan aku tu yang nak kahwin.majlis berjalan seperti biasa, pulang dengan gembira kerana khabaran indah dari member ku di kampung kerana dia nak belanja 'doping'.

*bole plak sesat tak jumpa rumah pengantin semalam. hehehehhe

No comments:

Post a Comment